perkenalan aku dengan satu orang sahabat yang baik masa di universiti buat aku menangis. aku tak adalah rapat sangat dengan dia tapi nak dijadikan cerita aku kenal dia ketika dia datang bilik kolej kediaman aku. aku tak kenal pun siapa dia sebenarnya masa tu. aku tanya dia nak jumpa siapa. dia cakap dia nak jumpa aku. aku pun jemput la dia masuk bilik aku. tak sedap pulak tak pelawa masuk kita orang melayu ada adat..
so dia pun duduk di birai katil aku. dia aku lihat memakai copiah berwarna biru gelap, baju t-shirt lusuh dengan seluar slack dan berjanggut. dalam hati aku dia ni nak apa sebenarnya. belum aku sempat bertanya dia dah pun memperkenalkan diri nya sebagai huzaifah. kami pun berbual-bual la sekejap. lama-kelamaan baru aku faham dia datang sebenarnya nak cerita kebesaran tuhan. dari cara dia aku boleh tahu dia ni seorang yang kuat imannya.
start pada tu la aku kenal dia. nak kata jumpa hari-hari tu tak adalah selalu jumpa. kalau jumpa pun cuma terserempak sekejap bertanya khabar. kadang-kadang terserempak dekat dewan kuliah. kadang-kadang dekat surau. kalau aku berbual dengan dia aku rasa macam aku dah lama kenal dia. dari air muka dia aku boleh lihat ketenangan dalam hati dia.
selepas aku naik semester baru aku tak nampak dia solat di surau. biasa aku nampak dia. eh?huzaifah ni dah berenti study ke ape? jadi aku tanya la kawan-kawan aku yang kenal dia. rupa-rupanya baru aku tahu huzaifah meninggal dunia semasa mengikuti jemaah tabligh di kepulauan borneo. aku jadi sebak...
Al- Fatihah..
ReplyDelete