Thursday 28 December 2017

tiga kaki setengah

Dipendekkan cerita kawan mula membabitkan diri dalam aktiviti ini seawal di usia 13 tahun lagi. Tingkatan 1. Pada usia dan ketika ini perasaan anak muda yang ingin tahu lebih kepada mencuba. Pengaruh rakan sebaya adalah penyebab utama kawan terjebak. Bermodal kan duit belanja sekolah yang disimpan sikit demi sedikit akhirnya kawan berjaya membeli sebatang joran beserta kekili berharga RM21.


Batang joran yang pertama sekali kawan pakai. Masih digunakan. Kenangan betul.





Tuesday 17 January 2017

Like unlike comment

400 likes 80 comment
243 likes 68 comment


Jadi leka semua dengan like. Like ni lah punca. Kongsi kegembiraan. Kongsi kebahagiaan. Kongsi kemewahan. Kongsi pencapaian hidup. Kongsi OOTD hipster. Pasal ape gua cakap punca? Arr ni abang2 kembangkan kat bawah



Kadang budak2 OOTD lupa yang beri makan nasi masa kecik mak ayah. Susah payah cari duit sebab nak hantar sekolah. Dah besar mencari like. Apebende... yee tahu... dah besar jadi OOTD yang enjoy tapi pikir laa ada orang yang lagi susah pada kite. Jaga la hati member2 yang bukan OOTD ni..


Lebih baik. Faham tak lebih baik? Ko dengar tak dengar?? Faham tak faham?? dan lebih baik kegembiraan itu semua kite simpan laa macammane kite simpan keburukan dalam diri kite ni. Kite ni tak perfect. Setiap orang mana ada yang perfect. Betul?? OOTD je yang faham ape itu lengkap atas bawah iaitu adalah ia tak lain tak bukan selfie OOTD..kah3



Terima kasih Facebook. Terima kasih whatsup. Terima kasih instagram. Terima kasih wechat. Terima kasih twitter. 



Benda benda macamni banyak buruk pada baiknya. 

Monday 9 January 2017

The beauty of flower

Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah..aku bersyukur padaMu diatas segala rezeki dan nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Dan Penyayang.


Masa terus bergerak menyusuri jalan kehidupan sebuah keluarga kecil yang baru dibina. Seperti bermimpi disiang hari. Setiap hari ku begitu indah dan kehidupan sedikit sebanyak telah berubah. Dia menceriakan hariku. Senyumannya membuatkan diri ini berasa tenang dan tenteram. Alhamdulillah..


Setiap langkahku terasa begitu bersemangat sekali tak tahu kenapa. Kiri kanan kirii..kiri kanan kiri...kanan pusing!..kiri kanan kiri.. aih,, jalan berkawad pulak..maap laa kawan baru tamat latihan akademi mat botak tapak satu.



i Love you Nur Ain Syakira ♡




Sekali sekala jiwang leleh. Apa salahnya kan. Askar pun ada perasaan cinta.


Monday 2 January 2017

2016 always in my mind

Masukkan sikit laa mana2 yang penting 2016. Biar ada jugak laa kenangan sepanjang zaman. Tahun yang agak cemerlang la bagi kawan. Kawan bubuh sikit sepatah dua kata. "Braderhood since 1989".





















2017 aku datang......


Wednesday 6 July 2016

we are the champion

Sedang aku duduk saje ni aku jadi memikir. Pasal apa aku kerja hari raya tahun ni? Sekarang baru gua faham. Tak semua daripada kita dapat beraya bersama sama keluarga. Masa hari raya ini lah seluruh keluarga sanak saudara berkumpul bermaaf maafan tetapi kadang2 hanya doa menjadi pengganti diri. Yang pergi takkan kembali.


Semua umat islam bergembira di hari raya. Memakai baju melayu lengkap bersamping tak dilupakan juga si gadis gadis jelita menjadi penyeri tukang bancuh air bawa hidang ke meja tetamu..hihi tapi bukan itu sebenarnya yang gua nak cerita gaiss...


Gua nak cerita pasal "bersyukur"

Ok.. Main point; Listen to your heart. Ada keluarga bersyukur. Ada kawan kawan bersyukur. Ada baju raya bersyukur. Ada awek bersyukur. Ada enjin bot bersyukur. Ada kereta bersyukur. Ada motor kriss enjin berkocak bersyukur. Ada perut sixpax tapi kena cakar kucing bersyukur. Ada akuarium tapi ikan mati ada orang beri makan dodol pun bersyukur. Ini kalau gua kembangkan pasal bersyukur sampai raya tahun depan pun tak habis..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN



Ape2 bagitahu k.


Budak budak jb bersatu. Kelor lengan keluar darah pusat hiburan keluarga

Saturday 11 June 2016

Berani dengan tak berani je

Dah lama sangat rasanya admin tinggalkan dunia penulisan ni. Admin sibuk betul main wassap,wechat,facebook. Kah3... Makin leka dah admin sekarang ni. Leka..leka..lekaaaa! Kah3 Pagi ini, tergerak pulak admin nak buka hijauflourenscent. Bertahun tak buka dah jadi apa tak tahu


Cuti sekolah baru-baru ni nak jadi cerita bagaimana satu orang myanmar yang bekerja sebagai orang gaji begitu disayangi oleh anak kecil singaporean. Warganegara myanmar tersebut terpaksa kembali semula ke Singapura atas sebab ketiadaan visa perjalanan ke Malaysia. Kedua dua anak kecil menangis teresak esak dalam pelukan orang gajinya yang mana terpaksa akur tidak dapat bercuti bersama keluarga majikannya.



Sekolah woi. Sekolah sekolah sekolah. Dah naik sekolah. mak kau hijau laa mak kau hijauu.



BRADERHOOD SINCE 1989








Mata gua berkaca sekejap sambil cop passport

Sunday 16 August 2015

Art of malay people

Jangan kerana anak itik makan dedak , ayam katek jalan tak mendada




Genggam tangan awek biar sampai jadi daki




Biar putih mata jangan putih rambut




Air yang tenang jangan disangka tiada gudang garam.




Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya wallaweiii




Cantik cantik orkid harum mewangi cantik lagi haruman kasturi










Jangan pandang kawan sebelah mata.aku tumbuk ko nanti