Dipendekkan cerita kawan mula membabitkan diri dalam aktiviti ini seawal di usia 13 tahun lagi. Tingkatan 1. Pada usia dan ketika ini perasaan anak muda yang ingin tahu lebih kepada mencuba. Pengaruh rakan sebaya adalah penyebab utama kawan terjebak. Bermodal kan duit belanja sekolah yang disimpan sikit demi sedikit akhirnya kawan berjaya membeli sebatang joran beserta kekili berharga RM21.
Batang joran yang pertama sekali kawan pakai. Masih digunakan. Kenangan betul.