Sunday, 16 August 2015

Art of malay people

Jangan kerana anak itik makan dedak , ayam katek jalan tak mendada




Genggam tangan awek biar sampai jadi daki




Biar putih mata jangan putih rambut




Air yang tenang jangan disangka tiada gudang garam.




Sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya wallaweiii




Cantik cantik orkid harum mewangi cantik lagi haruman kasturi










Jangan pandang kawan sebelah mata.aku tumbuk ko nanti

Sunday, 9 August 2015

school of fish

Sebab ape jadi macamni? Sebab kumpulan kawan


Sebab ape tertonggeng depan JPAM mersing? Sebab kumpulan kawan


Sebab ape memikir pasal motor? Sebab kumpulan kawan


Sebab ape jenis bersembang melewey lewey? Sebab kumpulan kawan


Ini semua kumpulan kawan. Kumpulan kawan yang buat kite siapa diri kite sekarang. Kumpulan kawan yang betul2 true datang dari perjalanan sebuah persahabatan. Kalau rxz tu setting long distance.

Selamat maju jaya kawan2. Topspeed korang sampai. Dah boleh slow2 susur flyover. Flyover gua depan sikit.. selamat pengantin baru sahabat2




Jangan kata abang tak payung id card abang

Wednesday, 29 April 2015

jasa

"Untie,, batang joran ini kasi bikin. Gegelung tali sudah rosak. Berapa ringgit kalau kasi bikin??"


"Ini kalau kasi bikin 2 gelung ha mau 40 ringgit. Mau?"


"Wahh mahalnye untie. Siap upah pasang semua sekali la ea?"


"Ye betul siap pasang sekali. Batang joran ni mahal ke..? "


"Tak mahal untie. Murah je tapi dia ada sentimental value."






Saturday, 18 April 2015

ayah

Menjadi tanggungjawab seorang ayah adalah mendidik anak anak berjaya didunia dan diakhirat. Ayah sering mendidik saya supaya kehidupan dunia adalah sementara. Ayah cakap dunia tak ada apa2. Ayah cakap bila kita kejar dunia, dunia akan jauh meninggalkan kita. Tapi bila kita kejar akhirat, dunia akan ikut belakang kita.


Saya sayang ayah saya. Selamat hari jadi ayah yang ke 65. Semoga panjang umur&dimurahkan rezeki. Sihat tubuh badan dan diberkati dalam apa jua yang ayah lakukan. Saya bangga jadi anak ayah. I'm proud of you dad. Speaking sikit sebab ayah saya cikgu english


Happy birthday









Terima kasih ayah sebab ayah dah berjaya didik saya dari kecil sehingga lah sekarang

Thursday, 9 April 2015





Dikeheningan malam ini. Aku dihimpit kenangan. Perjalanan mengiringi mengingatkan kembali kenangan sebuah kehidupan. Walau dalam sukar dan diri mu diperlukan namun tiada. Doa harapan mampu ku utus bersama.. Al-fatihah~








Saturday, 28 March 2015

International border

Bichukk balik. Tengah maintain top speed ea ehh bichukk balik. Habis keluar semua duit selit buat cover. Habis semua bank gua geledah. Fuuyoo! BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA masih ada. Nasib baiklah masa masuk 2 tahun lepas gua buat tak tahu je. Jadi ini lah masanya.. hihihi boleh la buat modal sikit. Kalau tak mengemis laa gua kat basten larkin cari tin. Aku dengar Tahir dulu ada nama kat basten larkin ngepau budak. Tak kira gua langgar.



Tak terpikir gua nak jadi macamni. Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Dia adalah sebaik baik perancang. Dia tahu kemampuan setiap hamba hamba Nya. Bersyukur lah wahai Idris si pecinta ikan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kuatkan semangat. Orang yang rajin dia akan berjaya. Orang yang malas memang tak jadi apa. Duduk saje tak guna. Ko pergi ambik sabit tu pergi menebas. Eyyyy geram pulak aku,, dah makan tu basuh pinggan! Paan paan.. Kah3



Deyy machaa kasi rata semua







Budak2 baru nak start kerja. Baru nak up. Ini semua POyo!!! Kah3

Friday, 6 March 2015

Hati lelaki ini

Kelihatan sebilangan anggota polis mundar mandir diperkarangan wad kecemasan. Suasana kelihatan suram. Awan mendung berarak melindungi sinaran matahari yang menerjah ke bumi. Seakan akan seperti mengerti apa yang terjadi.


Dugaan yang mendatang memberikan seribu satu hikmah. Kuatkan semangat mu. Kami menanti dengan penuh harapan di sisimu.












Terasa sebak tetapi ku gagahkan jua ..


Monday, 16 February 2015

bukit layang layang

Nama : Acerap. Dalam kurungan Asyraf
Umur : 2 tahun 7 bulan
Perangai : Tak nak mengalah dengan abang sendiri
Kegemaran : Sorong kereta mainan sampai tergolek golek



Sape lagi tinggi?abang kan tinggi lagi?

Acerapppp!! Acerap lagi tinggiii!! Huwaaa acerap lagi tinggi pada abang (sambil melompat lompat pegang bahu abang)



Dari kiri Acerap,



Dari kiri Acerap,,






Hati panas seat bucket kawan beri..hehehe

Thursday, 1 January 2015

Never Ending~

Perginya tak kembali. Tahun 2014 penuh memori. Kesana kemari. Pindah sana pindah sini. Disini anak muda mengemudi kehidupannya sendiri. Cuaca sejuk, cuaca panas, berembun kawan tempuhi.




"Ya Allah ya Tuhan ku. Berikan lah aku kekuatan menempuhi segala cabaran dan rintangan mu ini ya Allah.. Kuatkan lah iman hambamu ini dan permudahkan lah semua urusan ku. Amin~."



Membangau tengah2 panas..puekk ikan buat tak tahu je dengan umpan kite












Dah nak kena blacklist baru menggelepor nak bayar ptptn..kah3