Tuesday, 30 July 2013

syawal


dikesempatan ni gua nak tujukan ucapan ini kepada semua umat islam di seluruh pelusok dunia bumi ini. yang mane tengah berenang rentas selat inggeris ke. yang tengah konvoi 4x4 pergi thailand ke. yang mane kelab putera tengah selamatkan awek malaysia kena bawa lari lombok ke.. apa-apa sahajalah yang anda sedang lakukan. gua disini nak ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 


kalau ada silap dan salah gua mintak halal kan lah makan minum kencing berak kentot. kadang tu diri ini ada kekhilafan. salam cium tangan langgar pipi kiri kanan tiga kali.



kalau boleh beri bahu awak kejap oke??.. tak adalah,, abang mana ada nak nangis.. mana ada? mana ada?? mata abang masuk habuk tadi tiup gula-gula dalam tepung main sukaneka





gua tokey buggy














hoooo berkaca mata gua.. berkacaaaaa!!!!!!!!

Monday, 22 July 2013

Straight to LA, New York, Vegas to Africa


blog yang gua buat ni kalau korang rasa macam berat je emosi nak terima. berat macam kena tindih dengan budak gemuk masa baring.. tak ape,, gua tak kesah. ini adalah cabaran sebagai seorang pemain sukan mencangkung paling lama sampai menggigil bila nak bangun berdiri.



permainan dia senang je. mu baca tapi mu tak ketawa. mesti mu rasa heyy budak ni ada aku tekop muka pakai stokin jogging aku ni karang. hah,,! ketawa lah. ketaweee!!!





naik semangat rentak dia beri















bicukkk bicukk bicukkkkk!!!!! dah la nak raya. 

Saturday, 20 July 2013

camel active


berbekalkan duit makap yang gua dah standby. gua senjah kedai sparepart kereta beli hos radiator. gua parking cantik kereta sahabat dibawah garage yang berbumbungkan zink. ngam-ngam gua bagi. kiri tak kurang kanan pun tak terlebih. gua buka bonet depan satria evo3 beliau dan projek pun bermula!!!


pang kleting,, greekk,, pap,, ting,, pak pus pak pus tapee si bulee beruk maknyeerr ada tepung ada kelape masak gulei aduh enak eyy... kedengaran lagu tersebut di corong radio bengkel menambahkan lagi suhu sekeliling. choorrrr mencurah air tangki bila hos yang rosak diganti. semangat diteruskan sehingga jam melewati pukul 3 petang akhirnya siap.



sistem penyejukan oke. system back to normal. nak lari lentok meter pun tak kesah. nak jem 4-5 jam pun tak kesah. yang penting air sentiasa pusing selepas berlaku sedikit modifikasi sebentar tadi.


















kederat piangg kite guna bulan puasa gini

Tuesday, 9 July 2013

anak bulan


mesin kuda menjerit tanda kaya,
aih,, arnab yang naik rupanya,
hek eh,, esok dah nak puasa,
macammane ni kita??


pergi plaza angsana lupa pakai spender,
sejuk-sejuk rasa pada pelipat,
gua jengah tengok kalender,
lakk tahun ni cuti raya gua tak dapat












salam ramadhan