Tuesday, 10 September 2013

top speed lamboghini


kite ni hidup macam roda. sekejap dekat atas sekejap kat bawah. sekejap berputar laju sekejap berputar perlahan. setiap orang ada dia punya meter top speed dia. maksudnya dia dah sampai tahap kegemilangan dalam hidup dia. bila dah sampai tahap kegemilangan itu dia akan cool down tapi bukan terduduk terus. dia jadi cool down,, chill chill orang kabo..


jangan pernah jemu nak cari top speed kehidupan ea adik adik. abang ni bukan nak kata ape. abang mencari top speed abang, lakk rupanya abang baru sedar top speed abang tadi rupanya...


kite semua ni pelakon. macam-macam watak ada dalam dunia ni. ada pelakon watak jenis antagonis, watak jenis sinetron indon. yang dekat dalam penjara tu semua pegang watak antagonis. watak dia lebih kepada hati kering contohnya pecah rumah, pecah tabung masjid, pecahkan kepala orang dan semua watak-watak yang berbisa. itu semua pelakon je. jangan kite nak pandang serong ke diaorang. top speed diaorang kat situ..


















pantang sampai tempat baru. padan buka wechat look around stalker chingeyy

Wednesday, 4 September 2013

percussion


memang makanan dia. kepala gua tergeleng sendiri tengok macammana jari dia boleh berjoget atas tali gitar. cekap betul john. beliau hebat. beliau bukan calang-calang. petikan gitar beliau tidak mengecewakan. kalau dia saje yang hebat tak ada guna juga. kena pada regu dia memang menjadi betul. kaki pukul dia duduk ulu tiram boleh senjah tale skudai naik motor capok enjin nak gugur hmm jadi.. semangat lamina seruan bujang senang. pandai betul main drum. pukul drum memang mampat. tulang empat kerat semua hidup. tak senang duduk member kejar ke rentak nak rolling.


gitaris dah ada, drummer pun dah ada. ha yak ni sorang lagi kulit hitam gigi kapak rongak sikit belah depan tapi datang jamming bawa bini. kemas gitar bass dia main. mengait-ngait jari petik macam menggelitik ekor cicak putus pun ada gua tengok.. mereka bertiga hebat.



"kite ni nak jamming. ini bukan kelas muzik!!!!!!!"



"kahkahkah!! aku silap lupa chord kejap tadi. sori sori hahaha"






















orang lama lagi bisa aku tengok diaorang main band. kepala hotak dia

Sunday, 25 August 2013

PGA


harini ko dapat birdie kan??

ha lepasni ko tunggu 2 ke 3 tahun lagi belum tentu ko boleh dapat birdie lagi. ko ingat senang? perghh aku yang dah main dekat 5 tahun baru sekali birdie.. hahaha

kalau ko tak percaya ko ingat apa aku cakap harini. tigerwood pun main kadang-kadang terkucil ini kan pulak ko aku tengok hari-hari cangkul tanah pukul bola tak kena.. kah3

















mainan gini atas mood. taim dia nak jadi memang jadi. taim tak jadi macam haram.. kah3

Monday, 5 August 2013

BEST 104


"kite nak bebuka puasa kat mane ni? benafe oke?"

"alright."


makan chewing gum masing2 buka puasa dalam kereta kah3






"mel ko suka jas eyh?"

"diam3 jas datang.. diam3.. kejap lagi aku cerita kat korang."

"oke"


asyik terkedu je si mel kena ayat dek jas haha





"nak beli ke tak? nak beli ke tak?"

"beli jas kalau nak beli.."


jas dalam kurungan bukan nama sebenar jadi street of art sekejap

















MEL seorang dj radio best 104. tak sangka gua

Tuesday, 30 July 2013

syawal


dikesempatan ni gua nak tujukan ucapan ini kepada semua umat islam di seluruh pelusok dunia bumi ini. yang mane tengah berenang rentas selat inggeris ke. yang tengah konvoi 4x4 pergi thailand ke. yang mane kelab putera tengah selamatkan awek malaysia kena bawa lari lombok ke.. apa-apa sahajalah yang anda sedang lakukan. gua disini nak ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 


kalau ada silap dan salah gua mintak halal kan lah makan minum kencing berak kentot. kadang tu diri ini ada kekhilafan. salam cium tangan langgar pipi kiri kanan tiga kali.



kalau boleh beri bahu awak kejap oke??.. tak adalah,, abang mana ada nak nangis.. mana ada? mana ada?? mata abang masuk habuk tadi tiup gula-gula dalam tepung main sukaneka





gua tokey buggy














hoooo berkaca mata gua.. berkacaaaaa!!!!!!!!

Monday, 22 July 2013

Straight to LA, New York, Vegas to Africa


blog yang gua buat ni kalau korang rasa macam berat je emosi nak terima. berat macam kena tindih dengan budak gemuk masa baring.. tak ape,, gua tak kesah. ini adalah cabaran sebagai seorang pemain sukan mencangkung paling lama sampai menggigil bila nak bangun berdiri.



permainan dia senang je. mu baca tapi mu tak ketawa. mesti mu rasa heyy budak ni ada aku tekop muka pakai stokin jogging aku ni karang. hah,,! ketawa lah. ketaweee!!!





naik semangat rentak dia beri















bicukkk bicukk bicukkkkk!!!!! dah la nak raya. 

Saturday, 20 July 2013

camel active


berbekalkan duit makap yang gua dah standby. gua senjah kedai sparepart kereta beli hos radiator. gua parking cantik kereta sahabat dibawah garage yang berbumbungkan zink. ngam-ngam gua bagi. kiri tak kurang kanan pun tak terlebih. gua buka bonet depan satria evo3 beliau dan projek pun bermula!!!


pang kleting,, greekk,, pap,, ting,, pak pus pak pus tapee si bulee beruk maknyeerr ada tepung ada kelape masak gulei aduh enak eyy... kedengaran lagu tersebut di corong radio bengkel menambahkan lagi suhu sekeliling. choorrrr mencurah air tangki bila hos yang rosak diganti. semangat diteruskan sehingga jam melewati pukul 3 petang akhirnya siap.



sistem penyejukan oke. system back to normal. nak lari lentok meter pun tak kesah. nak jem 4-5 jam pun tak kesah. yang penting air sentiasa pusing selepas berlaku sedikit modifikasi sebentar tadi.


















kederat piangg kite guna bulan puasa gini

Tuesday, 9 July 2013

anak bulan


mesin kuda menjerit tanda kaya,
aih,, arnab yang naik rupanya,
hek eh,, esok dah nak puasa,
macammane ni kita??


pergi plaza angsana lupa pakai spender,
sejuk-sejuk rasa pada pelipat,
gua jengah tengok kalender,
lakk tahun ni cuti raya gua tak dapat












salam ramadhan

Tuesday, 25 June 2013

cap kicap

abang haji dulu masa muda-muda kerja ape ek?


saya dulu kerja askar. lepas pencen saya jadi tukang kebun je kat sini. kem komando gerak khas mersing tu tempat mainan saya dulu. sebelum pencen saya kat situ la dengan anak-anak buah saya. panglima komando kem gerak khas mersing tu member saya. kalau takkan dia boleh duduk kat kaki lima cafe hotel ni minum air dengan saya sekali.. haha

saya cerita sungguh ni. kalau tak percaya awak tanyalah dengan orang-orang kat sini. saya pun terkejut kebetulan boleh jumpa dia kat hotel ni. nak jadi cerita kebetulan boleh jumpa..haha



saya dah diajar dan dididik supaya kite ni sama je. masa dalam kem pangkat dah tak kira dah. kepala orang atas ni kalau ko nak tahu memang gila. ada seorang kolonel yang saya kenal ni dalam kocek dia penuh dengan sampah. entah sampah mane-mane dia ambik masuk dalam kocek.. ini kolonel komando ni bukan sebarang orang...haha


ada kolonel yang lagi satu ni driver ada, tukang masak ada, tukang kemas rumah ada, tukang kiwi kasut ada tapi pergi office naik basikal tayar pancit. berkayuh lah dia sampai office..orang bawah tak boleh nak kata ape dah. tengok jelah..habis ko nak kata ape kalau dia nak macamtu... haha macam-macam perangai orang atas ni kalau ko nak tahu.. iyee sungguh



ada satu hari tu ada beberapa orang lah kena interview dengan saya. jenis saya memang tak pakai uniform pakai baju biasa je. jadi saya yang ambik diaorang naik kereta dari tempat menunggu pergi office saya. dalam kereta tu duduk bersembang lah macam biasa dengan budak-budak tu. diaorang tak tahu yang saya interview diaorang... jadi bila sampai office tu saya keluar kereta saya pergi sapu sampah. hahaha

budak-budak tu pun jadi confius. mananya orang yang nak interview saya? diaorang siap tanya lagi dengan pegawai-pegawai saya dalam office tu. saya buat tak tahu je sapu sampah. kah3





















lagi bisee pegawai pemerintah kem komando jadi tukang kebun

Wednesday, 5 June 2013

nothing box




idea tu ada nak kembang tapi jenis malas. nak buat guane ark? ark? ark?






sori la. gua nak pusing gambar ni pun gua malas












tak pernah gua rasa betul betul bichukkk nak M

Monday, 13 May 2013

puteri kota






kakak ella tolong la perform untuk saya



gua suka intro lagu ni. gitar solo masa intro dia gentel perghh termenung dengar sambil keruk ketiak


kalau nak tahu lagu-lagu ella dulu memang jadi tiptop. lagu-lagu dalam album dia paling best masa tu kalau tak silap ELLA USA. memang laris. dulu mana ada cetak rompak. semua pakai kaset. nak dengar kena beli kaset tape. hah nampak? gua buat kajian. semangat gua nak tahu tentang kakak ella. standing the eyes of the world!









JBH 6339 jb kami datang.. kami datang alee aleeee....

Wednesday, 8 May 2013

USD coins


orang yang tak tahu dia tak akan paham. bila dia tahu dia akan tahu rupanya benda ni macamni... owhh macamni rupanya. kesahnya... orang tak nampak. yang orang nampak bila benda tu ada depan mata. kadang-kadang tu susah nak bagi orang percaya kalau benda tu tak ada depan mata. bukan nak kata ke orang gua pun gitu jugak. same ea orang kabo..


biar la apa orang nak kata walau benda kita buat ni tak nampak hasil depan mata. lantak diaorang la nak kata apa pun. bukan diaorang yang bagi kita duit nak makan nasi. ada diaorang tolong kau masa kau susah? tak ada nye. jangan harap la.. yang diaorang tahu cakap je. kita bukan apa. kita pikir untuk long term nanti. aku dah makan garam dulu. aku dah rasa dulu dah. aku dah pernah kena. semua ni atas diri ko sendiri...


jadi mu kena ah motivasi diri mu sendiri baru mu boleh berjaya dalam hidup. mu kena ada target dalam hidup mu. 2 tahun akan datang apa mu nak capai? 5 tahun akan datang apa mu nak capai? 7 tahun akan datang apa mu akan capai? 10 tahun lagi? 15 tahun lagi?? mu mu mu mu mu......


dah kau jangan banyak bunyi sangat!.. jangan banyak bunyik sangat!! kah3..
meh sini dengar kakak ella nak cakap ape. dengar betul-betul kenapa kakak ella jadi serak gitu kenapa??





















betul-betul cuti gua beri. orang lain raya cina dah cuti on time. kite? hmmmm... upah kabo

Saturday, 4 May 2013

analytical balance vs moonlight shadow


INI KALILAH KITA UBAH!


TAKPEEELAH LAIN KALI JE.. TAK PERLU UBAH DAH....





hah,, cenggitu update status kain rentang atas jambatan mersing. status paling biseeee ada kat sini.


kalau sokong parti saya sila hon kenderaan anda sekarang.

"abang,, bunyikan hon bang.. bunyikan hon!"




permainan politik memang kotor. belah sini kata gitu. belah sana kata gini. jenis masing-masing nak menang tak nak kalah. kita yang rakyat ni jadi pening... hmmm padan kena game je la rakyat semua.. nak bercerita pasal politik tapi betul ke ape yang ko cerita? boleh percaya ke? memang confirm ke ape yang kau cerita? dari mana kau tahu? kau sape nak aku percaya? kau tahu pada mana? memang boleh percaya ke apa yang kau dengar dengan yang kau baca? pilihan anda penentu masa depan negara.


















okeyh adik-adik.. harini abang nak tunjukkan RAM computer yang gagal pada adik-adik.. dari tadi abang bikin computer tak jadi-jadi. paiseh betul la....

Monday, 29 April 2013

memang kena pada timing


pap pap,, drop gear 3. greemmmmm!! hah,, nampak? enjin tu dah gigit jalan sendiri dah tak payah pijak paddle brek.. balas pulak stereng ke belah kiri. absorber pulak main peranan bekerja keras maintain kelajuan ambik selekoh flyover pasir gudang. layan lap meter 120.. pap masuk gear 4 pulak. buka spotlight tale ke mate orang depan lambat sangat bawak kereta. bercinta ke ape dengan amoi sebelah?? lepastu tiba-tiba.......

~ berulang kali ku mencuba memujuk hati lupakan semua kenangan... namun mimpi bertemu lagi disaat engkau tiada disisi......





kakak ella menyanyi rupanya dekat radio














macam bah poran jem highway pasir gudang..pui,, hmmmm nasib baik la ada kakak ella. hmm nasib baik laaa. nasib baik..

Monday, 22 April 2013

srikandi


betul orang cakap. kalau dah minat,, susah macammana pun, mencabar macammana pun, payah macammana pun dia mesti boleh buat. lainlah kalau dia jenis tak minat kau paksa macammana pun, kau suruh macammana pun memang tak jadi.... percaya cakap gua memang tak jadi. confirm.



kalau benda tu memang kita minat, apa cara sekalipun macammana cara pun dia akan buat.. cuba kau beri pada budak yang tak minat. mampus sampai mati pun dia tak nak buat. kalau tak percaya ko suruh budak tu main baling selipar kalau dia tak nak memang tak nak. elak selipar dia pulak bertepek atas bibir kau.



pokok pangkal atas diri mu sendiri. mu tahu siapa diri mu. mu tahu ape yang mu minat. mu tale la hidup mu nok kemane. mu la tekong bot mu la kelasi. ikut pandai mu la nok belayor kemane. aihh,, cakak ganu pulok gua. maap ea. maap.. ade kopok lekor lebih dalam perot. maap,,



dia lah srikandi









happy birthday sahabat. semoga sahabat panjang umur&dimurahkan rezeki. dah pakai dolphin bagitahu gua, gua nak samok dolphin tu menjerit depan komplek teruntum. amacam? cara?? heh he

Sunday, 21 April 2013

sketsa sebuah cinta


komitmen tu kadang-kadang buat kite rasa lapo bila balik kerja. bella dalam kurungan bukan nama sebenar adalah seorang penjawat awam under company sendiri. kisah percintaan beliau bermula apabila bella dalam kurungan bukan nama sebenar berkenalan dengan seorang jejaka dari selatan tanah air melalui laman sesawang friendster.. weyk eih,, ada lagi friendster. lawooo.. dulu masa gua belajar dekat giatmara budak-budak sibuk ke friendster!! hah,, jawab.. jawablahh! bella dalam kurungan bukan nama sebenar tanya tu... hah,, jawab ..jawablah jawabb!



perkenalan bella dalam kurungan bukan nama sebenar telah terjalin sehingga ke hari ini. pertemuan yang tak disangka di johor bahru telah membuat si jejaka terkenang kembali saat-saat manis ketika bercinta dahulu. maklumlah masing-masing duduk berjauhan. kutub utara kutub selatan ceritanya. boleh dikira pertemuan bella dalam kurungan bukan nama sebenar bersama jejaka din cobra johor bahru. aih,, penat pulak gua nak menaip bella dalam kurungan bukan nama sebenar.. puii,,



dengar cerita sekarang ni din cobra buat hal sendiri. dah malas nak pikir pasal cinta yang tak ada harapan. din cobra tak nak beri harapan pada bella eventhough din cobra i still love you...... mak ai,, teruknya english gua















habis asonansi, aliterasi dan hyperbola dj Lin suria fm bercakap dalam suria cinta. gua dengar je

Saturday, 20 April 2013

utaraq mai


"kita ialah dia"

"dia ialah kita"


hang balik rumah ni hang pikiaq maksud dia. maksud tersurat dan tersirat dia. esok lusa hang tak taw jugak hang datang cari aku. biaq aku terangkan pada hang satu-satu.. had ini apa dia. had tu apa dia. 


mai sini aku nak habaq dekat hang. kita ni serupa ja. serupa... kalau hang tak caya hang boleh cuba pada diri hang. 













pi mai pi mai tang tu juga. hek eh,, jenis teringat cikgu yang mengajar gua math

Wednesday, 17 April 2013

nasi lemak kubur


sekejap je dah pertengahan bulan april. Hari ni 17/04/2013. gaji lambat lagi. arghh bichukkk..bichuukkk! nak tukar minyak hitam pun tak lepas tapi arghh bichuukkk!



nak beli cap titleist pun tak dapat-dapat lagi. 3 bulan lepas dah target tapi arghhh bichuukkk!



nak tukar carbon brush pun tak tukar-tukar lagi tapi arghh bichuukkk!



daripada beli tak pernahnya nak alignment. tayar makan sebelah tapi arghhh bichuukk!



weyk eh,, ini lefthanddrive ke?? tapi...emmm arghh bichukkkk!

















balik ngundi woi.. ngundi ngundi ngundi!!

Saturday, 13 April 2013

woody woodpecker 2


"mawar,, awak bagi saya air teh O ais. makan nasi goreng USA ea.. awak dan saya. awak dan saya.. hmm nampak kite ni market ber awak saya. mawar ko kalau boleh kalau nak pakai tudung bagitahu aku dulu la eyh? senang sikit nak tengok perati betul-betul.." hah macamtu utat ajak bersembang dengan tukang ambik order.



"aihhhhh!!! apebenda bawah meja ni? main leset-leset kat kaki gua ni!?" utat terkejut beruk.


"weyk eihh!!!,, ayam rupanya mintak makan. patot gua rasa lain macam je. kalau kucing tak macamni leset dia..kahkahkah kelakornye kedai makan ni."




kadang tu terkenang balik sejarah kehidupan












jadi ke pening gua kedai makan ada ayam merayau. rarenye lah hai kedai makan dekat jb

woody woodpecker




jentera boleh buat pancit pulak line-line rantau abang... hmmm 




seperti biasa pukul 8.40 pagi darus akan pergi kerja. darus masuk kerja pukul 9 jadi pukul 8 pagi dah kena standby. tepat pukul 8.40 je darus keluar rumah.


tapi satu hari tu darus jadi deddor. tiba-tiba sebiji telur ayam ada depan rumah. tengah-tengah alam pulak tu. takkan ayam bertelur dekat sini pulak? tapi takkan sebiji je ayam ni bertelur? ada pulak ayam dekat rumah taman? tak ada pulak darus dengar pagi-pagi ayam berkokok? sepanjang darus hidup dekat rumah sewa bandor jb ni tak ada pulak nampak ayam main petang-petang?



aihhhh!!! ini bukan sebarang telur ni. ini petanda ni.. ini ada petanda yang tak baik ni. ada orang nak mengantor la ni.. puii,, ada lagi zaman sekarang ni.. ahh,, lantak darus kesah ape. darus angkat telur tu letak tepi meter paip depan rumah.. darus pun berlalu pergi ke tempat kerja dengan rasa nak tumbuk siapa yang mengantor telur tuju-tuju.




" john,, masa ko pergi kerja pagi tadi ko perasan ada telur depan rumah??" darus tanya lepas balik kerja



"mana ada? aku tak perasan pun. aku keluar dulu pada ko pagi tadi. tak ada pun.."



"adelaa... cuba ko pergi tengok kat depan tu. tadi aku alih telur tu letak dekat meter paip depan" darus tak puas hati..



"owhhhhhh...lakkkkkkkkk ni bunga telur aku malam tadi. telur dia bobos pada bekas dia. patot aku cari tak jumpa..kah3"





















 elak dahi member pulak yang bertelur darus bagi..kah3

Thursday, 4 April 2013

Garuda

mode : Indonesia

masing-masing beratur tunggu turn nak ambil makan tengahhari dekat cafe staff. kholid beratur dibelakang mukhriz. setiap staff hendaklah menulis nama di buku log supaya chef boleh nak budget berapa orang yang makan pada satu-satu masa..


jenis kholid jengah nama atas dia. budak depan dia. kholid jadi nak bergurau


"mukhriz ya namanya..bagus sedap nama nya.. mukhriz maksudnya suci, ya bersih gitu.... tapi kok orangnya pengotor aku tengok... hahaha"





dah besar dah. cik yes sibuk sangat hari hari kerja









dah kenyang hisap rokok kena angin sikit sikit. sedapnye la hai

Tuesday, 2 April 2013

we are independent


ahhh lambat laaa... ada karang tak ada tempat duduk. habis la port kite kena ambik orang. dah kite ni nak duduk mane?


hah sampai dah..sampai dah!!..... w0ooo0oooo!! ombak ombak ombakkkk...hahaha



Jo00oooo~!! JOHOR!!



G000ooooLLLLL!!!!!















dah lama tak nyanyi lagu negaraku. habis semangat gua dendang

Monday, 1 April 2013

samsung s3 vs samsung s2


argghh,, ini yang malas naik kereta ni. excident tepi jalan tapi jem dia macam gua rasa nak tumbuk divider tepi jalan.


hek eh,, jengah depan pintu rumah orang. jengah kiri dinding rumah orang. jengah kanan dinding rumah orang. jadi ape?? jadi ape?













best best duduk jb, best lagi duduk kampung..

sunday night


nak kemana viva sebelah ni? laju no gua tengok.. hoo sebijik, dua bijik, tiga bijik, tu dia lagi sebijik


sreeeeetttttttttttttttttttt!!!!!!!!


berpusing melintang tengah jalan iswara turbo belakang gua. selak sangat nak kacip viva.


















habis rapat dia buat funtion belakang gua. kalau tak......hek eh!! divider~~ dividerrrr~

Monday, 25 March 2013

anak buah duduk bersuku suku


"cenggini haa cenggini..." ayah beri tunjuk ajar pada anak lelaki dia


"lagi..lagi..lagi...swing lagi badan tu...jangan takut-takut.." nampak ayah tak puas hati


"mata tengok bola..tengok bola tu. tengok...see the ball..ayah tahu la awek sebelah tu cantik.." berkepol-kepol asap rokok dekat mulut ayah baru lepas sip dalam


"just your shoulder moving from right to the left.. shoulder shoulder.. understand? oke do it now ayah nak tengok.. " hah begitu begitu gaya handycap pro ayah beri contoh ke anak die


















mengah ayah duduk atas kerusi sambil kangkang eminem. perut kedepan tak boleh silang kaki. jadi mengah gitu

Saturday, 16 March 2013

driving range



arghh parokk.. belikat kepak kiri tergeliat.


hek eh,, kite dah bagi tenaga betul-betul pada lengan kiri, dia boleh memantul balik balas ke kanan..hah mendapat











seminggu gua sakit badan baru baik. nah kau upah kabo

Monday, 11 March 2013

kelab berjoget




Jennifer Lopez & Pitbull Ft. Edward Maya & Vika Jigulina - On The Floor/Stereo Love





Don Omar- vs Shakira- vs Pitbull - Danza Kuduro- ft. Marc Anthony/Lucenzo/SHM
 
 



















0oo yii oiii woooii! hooooo!! 0oo iyoii iyoooiii!!!

Sunday, 10 March 2013

berarak mendung awan yang kelabu


"hmm penat melawat kawan tadi.."



"kawannye kenapa?"



"kawannye kena kurung dalam pagar besi..."



"kenape jadi gitu...maafkan dia..."



"kenape perlu maafkan dia??"



"setiap orang tak terlepas dari buat silap..jangan kite salahkan dia....em,, sape member ko tu?"



"badak, monyet, cipanzi, zirafah, gajah, kambing gurun, tupai, kakak tua, tiger, lion...aku pergi zoo la walaweiii! habis ko ingat aku pergi penjara pudu ke?? kah3.."





sori dik,, kami bukan kangen band dan kami bukan judika yang aku tersakiti. kami cuma jalan-jalan je ke dekat sebelah sunway lagoon













kena game...weyk eh,, ~tuhan tolong lembutkan hati dia...untuk terimaku seadanya....tuhan tolong lembutkan hati diaaa...hurmm urhh jenis tak ingat lirik........

Thursday, 7 March 2013

mengapa bayar lebih??


haa gua nak bisnes sikit. siapa yang rasa kereta korang ke? motor korang ke? mencekik minyak, kedarah ke minyak gua ada alat jimat minyak buatan sendiri. kalau tak percaya gua sendiri dah pakai. gua pakai pada motor kriss capok gua. ternyata terbukti..


pasang terus boleh guna. tak ada expired.. tak puas hati?? kalau tak nak pakai boleh buka balik.  barang kasi gua balik. pengerasnya gua pulang balik..


korang akan rasa sendiri. lebih rasa kesan dia kalau main long distance.. kalau nak rasa macammana pegi pegi dia? mesej gua.. minyak petrol boleh,, minyak diesel pun boleh,, minyak cap kapak pun boleh,, hah gitu..




sakitnya la hai badan pukul terkena tanah tangkap belikat


















dekat rumah sewa main kucing, dekat tempat kerja pun main kucing.. aih,, apekebenda ni?? hrmm urh,, 

Wednesday, 6 March 2013

don't be sad


hidup ini adalah seni bagaimana membuat sesuatu.


hidup jiwa adalah konsep dan makna, bukan yang engkau makan dan minum.


hidup ini terlalu singkat untuk di sia-siakan


jangan berdukacita kerana ajal tidak menjemput pada waktunya













baca buku motivasi gua pagi-pagi upah kabo menunggu member tido tak bangun lagi

Sunday, 3 March 2013

segitiga bermuda jengka



basuh-basuh sikit ki motor tu. dah macam apa dah aku tengok? heh he he..

member jawab "heyyy laaaahh!! hahaha..."




awal ki pergi kelas?? nak tido ker??? heh he he..

member jawab "heyyy laaaahh!! hahaha..."





kemana ki?? ngepong ker??? heh he he..

member jawab "heyyy laaaahh!! hahaha..."




dari mana ki?? dari KT ker??

member jawab "heyyy laaaahh!! hahaha..."





ki,, ko perasan tak ada orang lalu belakang kite masa mancing tadi??

member jawab " ko jangan derih, aku tak nampak sape-sape pun heeyyy laaaaahhh!!"






buah lerai orang kabo. buah lerai jadi nama kumpulan. hek eh,,













hoooo seriyauuu gua sekejap bila member cakap tak ada orang lalu belakang

Thursday, 28 February 2013

siapa lambat dia anak loan



"ko dah buat ASB belum? kalau belum buat pergi buat derih.. aku dah buat 40K!.. tahun pertama je ko sakit sikit bayar bulan. tahun kedua dividen dah boleh cover balik nanti!"



"duitnya ko dapat tak 40K...?"



"duitnya ada pada ASB. kita tak boleh ambik lagi. nanti baru boleh ambik!!"



"ko ikat berapa tahun....?"



"25 tahun!"






pandai buat teraju. layang-layang naik cantik











ikut pandai mu lah. yang gua tahu cuti hari selasa gua balik mersing lepak cc

Tuesday, 26 February 2013

sphageti john tarabotta


dengan penuh emosi dan hati-hati

"alaaaahhhh....."




****

sekali lagi dengan emosi dan hati-hati dalam pergerakan

"alaaaahh......hmmm"




****

kali ni emosi menguasai diri. hah,,! gini haa..gini.....

"alaaaahh.........sayangnye la hai"





jenis sphageti bergerak sendiri. hek eh,,












tak habis-habis alaaaahh alaaaahhh alaaaahhh dari tadi. bila nak menang tahu? asyik kalah je memanjang kah3

Thursday, 21 February 2013

Tuesday, 12 February 2013

Earth


kadang gua terpikir, boleh ke gua?


layak ke gua?


hmm..siapa lah gua?


memang gua ni macamni ke?


jalan hidup gua?


motor gua?


selimut busuk gua?


torch light gua?


handset gua?





Amin YA ALLAH~















alhamdulillah~

Friday, 8 February 2013

relay

harini buat kerja semua menjadi. bikin starter menjadi. bikin stering box menjadi. bikin solder IQDM menjadi. cuma mencari punca kenapa bateri tak masuk charging je tak menjadi.puii,,



praanngggg keting kleting ting tingg!!! melambung sepana 16mm kena rembas...kah3 hah nak sangat. ajak bergurau lagi tak nak masuk charging. ha ajak bergurau kasor.. hah ajak, ajak...  tak ape,, tak ape.. kau tunggu esok gua datang mesti boleh masuk charging.. kau tunggu.. kau tunggu!



nama pun buatan manusia. mesti ada cara dia.. kau tunggu. hah,, kau tunggu..






siapa kata tak boleh? kalau gua kata boleh mesti boleh












termenung gua depan pintu rumah memikir cara

Monday, 4 February 2013

Enduro

bulan ni kumpul sikit. bulan depan kumpul sikit lagi. bulan depan lagi kumpul lagi. dapat empat bulan buat gini jangan tanya kenapa gua tale kedai enjin bot angkat bawa balik sebiji. hah gitu..


paiseh,, masa-masa macamni la motor cari makan gua nak ajak bergurau. haram... tiga kali tukar tiub motor. makan modal gua nak beli enjin bot. ini yang gua menyirap woh!

~target gua bulan 5 ke bulan 6 ni gua dah boleh turun laut menikmati hobi gua






macamni punya air kalau gua mabuk laut tak tahu la..kah3









jiwa gua puas bila dengar ombak laut

Tuesday, 29 January 2013

underground

orang selalu jalan belah tengah derih.. hah mari sini aku nak tunjuk cara dia. kite lalu sebelah tepi-tepi. kau perati derih. kau perati betul-betul barang-barang yang pakcik-pakcik ni jual. Orang lama berniaga. Rilek je.. tapi derih kalau kena nasib kau, barang baik-baik kau boleh dapat. ramai orang tak tahu sebenarnya. jangan kau ingat pakcik-pakcik ni duduk saje hisap rokok...



"harga kawan-kawan pakcik bagi. 120 ringgit. kalau tak harga kawan-kawan pakcik jual 130 rinngit. adik tengok sendiri lah barang ni macammana. barang memang puas hati. original"




tiba-tiba member pakcik datang. berjabat tangan

"ai besar cincin? hah,, jaga. jaga.. berapi nanti kalau berlaga dengan cincin kawan"















we have the night jb. kelakornye la hai malam minggu gua isnin malam selasa

Monday, 21 January 2013

prince william

"derih,, aku ingat bulan sepuluh ni aku nak kawin lah. bulan tiga ni bertunang lepastu bulan sepuluh ni kawin"



"perghh gitu je eyh. kau ada duit tak ni?"



"boleh laa..sekarang ni aku nak set masa. kalau belah sana kata on..aku on je"



"owh..okela macamtu..tapi kau ni dah will you marry me ke dia? kau ni bukan boleh kira..kah3"













malu-malu member buat-buat main handphone bila gua sebut will you marry me kah3

Tuesday, 15 January 2013

revolution per minute

semenjak dua menjak ni gua jadi minat ke enjin pulak. makin hari makin sebati gua dengan enjin. tak terpikir dalam hidup gua nak jadi macamni. cuma cepat dengan lambat je ah..otak gua jadi berjalan bila duduk memikir nak settle kan enjin ada problem.


macam macam skill gua belajar daripada A sampai la G.. sori gua belum sampai Z lagi. banyak lagi nak kena belajar. banyak lagi yang gua tak tahu.


otak kena seiring tulang empat kerat. kena kreatif dan inovatif tak menjadi plan A guna plan B, kalau tak menjadi juga plan B guna plan MAKI laa.. puuihh,,





inilah dia enjin yang budak satria bangga bangga kan sangat,, puii,,
















hitam hitam tangan hari hari mandi minyak. malu kite gini kuku hitam tak pernahnya bersih.kah3


Saturday, 5 January 2013

nasi ayam penyek


Ini bukan cerita sains fiksyen atau pun cerita sinetron petang-petang. Entry kali ni agak berlainan daripada entry gua sebelum ni. Entry kali ni gua alih sikit persepsi sahabat-sahabat semua pentingnya kita ke dapur. Gua bab-bab masak memasak memang gua tak pandai sangat tapi boleh la sikit-sikit. Nak kata macam chef dekat hotel pakai songkok tinggi tu tak adalah. Haa mari sini gua nak kongsi sikit resepi gua dengan sahabat-sahabat.




Ramuan-ramuan nya adalah:

1. 5 biji telur ayam
 
2. Satu teko minyak masak yang telah digunakan dan dibiarkan 1 semester di dapur

3. Budu cap ketereh 2 botol besar

4. Air rendaman baju lepas main futsal petang-petang suku baldi




Kesemua ramuan diatas hendaklah digaul sebati di dalam tupperware. Pastikan anda menggaul ramuan tersebut tidak menggunakan tangan sendiri kalau tidak buruk padahnya. Ambil langkah berjaga-jaga demi masa depan anda kelak. Gunakan sudip jangan buat berani tunjuk hebat gaul menggunakan tangan sendiri. Oke selamat berjaya sahabat-sahabat semua. Selamat mencuba! Happy birthday sahabat!!!!!! Kah3. 






awak-awak berjaya bahagian sauh atas kapal













Kalau terkena 7 keturunan tak hilang bau dia..puii,,!! kah3