Wednesday, 29 August 2012

bidong


"ahh parokk gini, ombak kuak kena ayok ke kanang kite gini woh!"





"err En Taro,, kalau budok-budok ni dok reti duduk diang kite bahang ark?"





"ce tepi sikit,, ahh serabukkk..."






"kalau kata kite tak dapat geran tu kite lempang aje sape yang dekat dengan kite bah!"





"jahit labuci ni senang aje tapi jangan atas bot. karang labuci entah kemana korang kemana."





"eh engkau ni..tarik la betul-betul aku hempuk jugak karang. kepala aku tengah sedap-sedap ni!" 






"eee tak boleh tak boleh.. ni kite punye kite dapat dulu tadi.."







"psst...oke malam ni awak datang khemah saya taw~"





"woi kejap la woi. aku tengah naik ikan ni. aku nak bergambar jugak..eish,, time ni pulak dia nak buat nyedut..perit-perit celah kite kena air masin..puih,,"






"elee nak mengorat aku la tu. lempang laju-laju baru tahu. terkehel muka"






"oke bro gua gerak dulu ah.. ha ko main pasir tu kena cacing baru tahu!"






"apahal tengok-tengok? memang aku yang curi nasi kau..kenapa? nak bertumbuk? ha mari!"








"ini mesti kuah sambal kacang . dah la tudung ni je yang aku bawak..aduii"







"kain pelikat pun kain pelikat ah,, kesah apa aku.. aku bukannya beruang kutub"







"ha mari sini..sementara abang ada masa...abang nak cerita tentang kehidupan"







"mana ketam tadi? mana3? tadi kuat sangat menganjing.."





"kejayaan takkan datang bergolek, jadi kena la usaha sikit main MLM"







"kadang-kadang tu bila nak cerita tentang cinta sampai esok pagi pun tak habis.."














sori geng..sengaja....kah3

Tuesday, 28 August 2012

kapas



















"haramm.. mana budak-budak ni? kata naik van pergi kelas.."




 "aku dah kata niat tu tak menghalalkan cara!"





"hmm sedap jugak rokok daun ni.. pandai zuki pintal untuk aku"




"ee mesti dani nak ajak aku makan malam nanti" 






"haa macamni cara dia kalau nak menghalalkan cara!..kah3" 





"selipar ni aku rembat dekat jamban masjid udm hari tu.jangan kabo ke orang deh"














"hok ni kite buleh pakat rama-rama buat discussion"






"eish mana nasi goreng ayam aku ni?mana teh 0 ais aku ni? ada terbalik meja ni karang!"




"anak cina main guli, lepas ni kena pergi suksis lagi..hmmm"





"malas nak kata tapi lengan saya memang putih"






"muah3! lepas ni kalau tak naik ikan aku rembas batang joran ni"















sori kawan-kawan. bukan niat aku nak bahan korang semua..selamat hari raya maaf zahir batin..

Sunday, 26 August 2012

merdeka

merdeka dulu dengan merdeka sekarang lain. gua ingat lagi masa gua kecik-kecik, masa tu gua sekolah rendah lagi. bila masuk bulan kemerdekaan je semua kereta ada bendera malaysia. biasanya dieorang akan melekatkan bendera kecil di cermin hadapan kereta. paling kurang pun satu la setiap kenderaan. ada yang guna bendera besar pacakkan dibelakang kereta. ada yang rentangkan bendera dihadapan bonet kereta...masa tu memang jadi trend sampai kan basikal gua pun gua pacakkan bendera malaysia yang besar..




nak beli bendera besar tak ada duit jadi gua buat job sikit lah dengan sepupu gua. gua dengan sepupu gua tengok line clear je dekat pagar pejabat JKR... rilek je lepas balik surau solat maghrib gua pinjam 2 bendera untuk basikal gua satu, sepupu gua satu...perghh,, plessing-plessing basikal gua dengan basikal sepupu gua jalan keliling kampung



negaraku tanah tumpah darahku













sekarang gua tengok semangat kemerdekaan dah tak macam dulu

Friday, 17 August 2012

pengorbanan papa

pak cik gua cakap. pejam celik pejam celik dah raya balik..padahal raya tahun lepas rasa macam semalam.. kerja-kerja simpan duit. tiba nak dekat raya duit simpanan tu lah nanti buat belanja untuk anak-anak dan keluarga.. baju dengan seluar raya aku sendiri pun aku tak terbeli. ha kau tengok baju aku pakai sekarang baju raya tahun lepas..



ha baru kau tahu nak cari duit senang ke susah. baru kau rasa. sekarang ni kau sedaplah duduk dengan mak ayah kau. nanti kau sorang-sorang kau rasalah sendiri.. hah ha ha!



esok kalau kau dah senang jangan lupa kau toleh kebelakang. kau toleh belakang ingat balik masa kau dulu. masa kau susah siapa tolong kau. jangan masa kau senang kau lupa siapa tolong kau.



eh aku lupa pulak,, aku nak pergi dapur minum air nescafe.














naik semangat gua nak kerja rajin-rajin

Tuesday, 14 August 2012

selamat hari raya

tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba. dulu kad raya menjadi pengganti diri tapi sekarang blog ni yang aku ganti..







dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada mak ayah, sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali diri ini.



kalau ada silap salah, terkasar bahasa, kecil hati mintak halal.. biasa lah kadang-kadang kita tak sedar kita buat salah..jenis dah buat salah tapi tak nak mengaku..






= = >    selamat hari raya kepada sahabat smk mersing

  • yang mana pernah satu kelas dulu ke, kenal masa dekat kantin ke, kenal masa lepas habis sekolah ke, ah tak kesah la janji asal sekolah sukan siapu..he he



= = >    selamat hari raya kepada sahabat kolej matrikulasi johor

  • sahabat bilik B1.17, sahabat praktikum fizikal 50, sahabat yang bagi moral support..maklum la kita ni bukan pandai sangat dekat matrix.. tak pernahnya cemerlang masa ada kuiz..w0ooh!! jadi jerit gitu.. 


= = >    selamat hari raya kepada sahabat umt

  • sahabat coursemate, sahabat rumah sewa haji, sahabat rumah sewa cikgu dan sahabat yang bukan coursemate..nak sebut sahabat fakulti macam kenal semua pulak..kah3


= = >   selamat hari raya kepada sahabat kerja

  • sahabat timotel hotel, sahabat maintenance S3 dan S4, sahabat toll teller PLUS, sahabat staff utm (jadi kenal sebab ikut lepak photographer utm), sahabat masa praktikal dulu di bukit merah aquaculture dan sahabat mak cik kedai makan yang banyak membantu sepanjang karier gua..




habis kemas gua berbaju melayu teluk belanga













kalau nak sebut nama satu-satu memang tak habis sampai raya tahun depan..selamat hari raya woi!

Sunday, 12 August 2012

pili air




nak tahu sebab apa kepala paip macamni??




*******************************************************************




sebab dia macamni!! kah3














masalah rakyat yang tiada penghujung..

Saturday, 11 August 2012

raya

semakin hari semakin bersemangat aku nak balik kampung. raya dah dekat ni.. 3 hari lagi nak raya. budak-budak rumah sewa ada yang dah balik ada yang belum.. haaa hari ni aku pulak yang nak balik. JBH 6339 dah standby untuk heavy duty.. jangan nak ajak aku pergi mana-mana aku tumbukkk karang!! tiba-tiba mengentan




hati orang nak balik raya ni lain. lagi-lagi kalau kampung ni jauh-jauh. memang rasa betul kita ni perantau. makan 7 jam jugak atas motor. dah lah puasa. belum kira cuaca lagi. matahari tegak2 atas kepala.. hari tu cuaca memang tak boleh bawak berbincang. memang matahari bagi betul-betul pada bumi..





woi aku isi minyak dulu woi. kejap-kejap..tapi ibu jari tunjuk isyarat minum dekat mulut. jenis tak puasa woi kah3














atas motor tak ada pikir lain dah. memikir nak minum air je sampai ke rumah

Friday, 10 August 2012

keyboard dan cina bukit

Fenomena Game Joget Online ( SDO )

Sebelum saya memulakan perceritaan saya ini..biar la saya memberitahu yang saya ni sudah berpunya..jadi tak perlu lah anda semua ingin meminati saya lebih dari kawan..heheheehe......saja nak buat diri ni market maklum la saya tak market macam din sabun yang kerja kat pasar tu...



Sewaktu berchat chat di cc....tetiba kedengaran satu petikan kuat tap tap tap......aku menjeling tajam..kelihatan seorang kanak2 cina yang kurang mendapat perhatian keluarga telah membelasah keybord tersebut. Yang pelik nya hanya butang A.S.K.L saje yang dijotosnye....



Dengan berasa hairan saksama pelik aku pun ngintai2 la apa yang berlaku.........oh ti oh ti.....terpaksa potong ayat aku kerana mencarut panjang maklum la pelik campur bau hairan yelaa semua anak panah yang dicabar oleh game tersebut dapat dipetik sambil menyanyikn lagu jerat percintaan dari siti nurhaliza...cehhhh saje je tambah citer buat sedap..



Tanpa mengesahkan awek2 fb aku menfokuskan pandangan aku kepada budak tersebut....pergh mmg pro bin paling hebat...FULL COMBO woooooo............PERFECT COMBO 1000! hanya power ranjers merah je dapat buat benda macam gitu......jari jemari beliau cukup laju dan lembut tetapi tersimpan satu rasa kesian kat tokei cc tersebut ...yelaa selepas budak ni balik beliau dengan jayanya akan menukar keybord baru...heheheeh padan muka ....



Jika anda semua berada di situasi saya ni anda mungkin tak sangka yang kanak2 sekarang lebih power dari dulu ...tak perlu berpeluh untuk mencapai kegirangan semaksima mungkin...hanya membekal kan RM2 untuk mencapai tahap enjoy secukupnya...heheheheeheh....apa la aku merepek ni.....kah3!




mintak tolong keyboard









besok dia datang lagi bawak empat jari jotos keyboard jadi tanggungjawab

Thursday, 9 August 2012

dulu

dulu lain sekarang lain. masa merubah keadaan.. dulu zaman internet sekarang zaman screen net.. inilah dia teknologi.


"amboi budak pc sebelah ni,, pakai handset samsung galaxy S2..bisa!"






= = = >  gua toleh sebelah pandang mata dia dalam-dalam gua cerita  = = = >

dulu... masa abang kecik-kecik abang mana ada pakai handset


dulu.... masa abang kecik-kecik abang main guli bawah pokok kelapa


dulu... masa abang kecik-kecik abang main game tape


dulu... masa abang kecik-kecik abang pergi rumah topek pinjam tape game bomberman dengan contra


dulu... masa abang kecik-kecik abang main konda-kondi


dulu... masa abang kecik-kecik abang main baling selipar


dulu.. masa abang kecik-kecik abang buat garisan atas tanah main teng-teng


dulu.... masa abang kecik-kecik abang masuk parit sauk anak ikan


dulu... masa abang kecik-kecik abang langgar pagar rumah sebab tak boleh kawal basikal tak ada brek


dulu... masa abang kecik-kecik abang pergi sekolah bersambal baju





berterabur peluru abang dapat peluru S











game tape tu lah game paling sedap di dunia

Wednesday, 8 August 2012

brother brother hood

ayat brotherhood.. nampak la kita ni market dan tiptop..bukan kita nak berlagak ke apa tapi tak de lah ayat tu macam agas-agas. ayat kilas tapi pecah perut.



*****

"kau dari ranting mana?"


"ladang mana?"


"tanam apa?"


"tali air nombor berapa?"


"arus kiri ke kanan?"


"belah bawah ke belah atas?"

*****



brotherhood nampak kusut







macam tu cara dia nak tahu orang tu duduk mana asal mana

Sunday, 5 August 2012

paradise

wah! ini ke diaaa!!!! macamni rupanya!..selalu tengok mat salleh pergi. kali ni darus pulak yang pergi. weyk eh,, tip top nya.. kampung air batang center (ABC orang pulau panggil) menjadi tempat darus menginap. berbekalkan 2 batang mancing dengan harapan menduga penghuni dasar perairan pulau tioman menjadi target utama darus..



perkenalan darus dengan shahir semasa di pusat pengajian membawa darus, wawan, kirin ke rumah beliau di ABC.


mana ada macho darus dengan wawan ark??




"shahir? asal? enjin bot tak nak hidup ke?".......


"jap aku setting.."  paaaaapp paappapp!! terus hidup enjin..



dah kena hentak dengan shahir baru nak hidup. darus, wawan, kirin dah cuak dah masa tu saja buat-buat tenang..woi tengah laut woi!!



ha tengok orang lama main dengan laut




"yang mana besar-besar kite bakar malam ni. pilih kirin..pilih.."


berkepak kerapu cari celah batu




best habis kayuh basikal dekat pulau



jernih dia jangan cakap











saja gua nak cerita yang gua pergi hiburkan diri dekat tioman 

Friday, 3 August 2012

anak itik tok ki

petang yang kecah sementara menunggu turn nak masuk bilik air nak gosok gigi nak mandi gua duduk cangkung tepi kaki lima rumah nenek sambil memakai tuala. biasa la bilik air dengan tandas orang kampung memang dekat luar. haritu ramai sedara berkumpul rumah nenek sebab ada kenduri doa selamat. semua berebut nak mandi petang tu. budak-budak la kecah sekali, masuk rumah pedih-pedih mata kena syampu lepas tu mengaruk ke mak cari baju dengan seluar tak jumpa..




gua dari tadi tengok kan je ayam nak masuk dalam reban..terkokok-kokok tak berenti-renti. gua baling jugak dengan selipar jepun gua ni karang.. dah mana tak nya terkokok-kokok lepas tu kepala main jengah-jengah gua. memang mintak..





hujung-hujung gua tengok group belakang nak masuk port jugak. dah petang orang kabo. bahagian buah ngelas lima sekawan jalan berderet..menyudu-nyudu!! tu tuu tu diaaaaaaaaa!




woi hard rock penang woi! 









tergedek-gedek gua tengok itik pulang petang lalu sebelah pokok kelapa sawit

Thursday, 2 August 2012

parabola

balik-balik berjalan ali terus masuk rumah. tak sempat-sempat nak tongkat basikal terus melompat ke koridor rumah. mengah-mengah penat kayuh basikal tadi..






"ayah! rumah mak pin ada astro. rumah ustaz ada astro. rumah cikgu ali pun ada astro..kenapa rumah kita tak ada astro?" 



"tak payah astro-astro. ko tengok je lah tv1 dengan tv2. tu pun ko tak berabis tengok." ayah ali sound gitu je ke ali.





telentang ali kena sunat












mengaruk ali tak dapat astro. habis semua kusyen kena lembang dekat ruang tamu..