Tuesday, 31 July 2012

jerigi besi

"macammana cuti panjang? ada baik ka?"
"cuti panjang sudah habis bro.."  malik cakap..                

 [petikan ayat KL gangster]



di balik jerigi besi ni ada korang fikir life dieorang hari-hari macammana?
ada korang fikir apa dieorang buat hari-hari?
macammana kehidupan dieorang?
tradisi dalam penjara? korang mana tahu...


*********

bila ada keluarga banduan yang datang biasanya keluarga dieorang akan bawakan buku bacaan ilmiah kepada mereka. warden akan check buku tersebut dan kulit buku akan dikoyakkan. yang tinggal cuma isi dalam je lah..


banduan dalam sel akan baca buku tu kuat-kuat supaya dapat didengari sepanjang sel-sel lain. tujuannya mende ni jadi macam satu hiburan untuk dieorang.


******
salah seorang penghuni membaca kuat-kuat



"Pada zaman dahulu, hiduplah sepasang suami isteri petani. Mereka tinggal di sebuah desa di dalam hutan. Mereka hidup bahagia. Sayangnya mereka belum saja dikurnai seorang anak pun.

Setiap hari mereka berdoa pada Yang Maha Kuasa. Mereka berdoa agar segera diberi seorang anak. Suatu hari seorang raksasa melewati tempat tinggal mereka. Raksasa itu mendengar doa suami isteri itu. Raksasa itu kemudian memberi mereka biji mentimun"....





"woi wooii!! ko ulang balik yang ~suatu hari seorang raksasa melewati tu!!!" jerit salah seorang penghuni sel belah hujung...






sumber dari bernama












kalau dapat buku rasa macam dapat astro siap channel hbo

Sunday, 29 July 2012

sahur

uihh dah boleh sahur dah ni..hmm tengok roomate tengah sedap tidur lagi.. takpelah aku panaskan air dululah dalam heater. nanti nak buat air milo cecah biskut.. sementara tunggu air dalam heater panas kepala aku dah memikir kelas pukul 8 pagi nanti.. arghh malasnya nak pergi. hmm nasiblah,, kalau aku bangun nanti aku pergilah kalau aku tak bangun aku tak pergi.. ha korang tengok senang je nak adjust kehidupan ni..




haa air pun dah masak. dah boleh bancuh dengan milo stick ni..hmm sedapnye cecah dengan biskut.. selera aku makin membuak-buak tapi nak buat macammana air panas lagi. ada karang melucur bibir..kejut roomate ah,, lupa pulak aku...





"epul.. bangun pul sahur.. bangun3"



"hmmmmm.....sekarang pukul berapa ha?"



"pukul 5.20 pagi pul..sempat lagi nak sahur.bangun ah.."



"eh?pukul 5.20 pagi apanye..jam handset aku pukul 6.20 pagi"



"eh???ye ke!!!" melompat aku capai handset atas katil aku tengok jam pukul 6.20 pagi!!! ..




kalau epul bawak bas umt aku jadi bahagian kelindan dah la













kalau ye pun nak cakap pukul 6.20 pagi tunggu la aku minum air milo ni dulu pul...arghhh

Wednesday, 25 July 2012

jembal

"cepat ah siap, kata nak pergi lepak pantai..dah pukul 6 petang dah ni"



"aku dah siap dah.. jom ah"



"jom ah aku pakai macam ni je..siap dah"



"aku pun siap dah. macam ni je...siap dah"




"bhahahahahahaha!!!"...dua-dua ketawa bergalak depan tv..


tak larat dah orang tua ni nak cukur jambang.jadi ngeluh gitu abah..haha










dua-dua pakai kain pelikat.. jenis baru bangun tido..bangun-bangun nak ke pantai

Monday, 23 July 2012

Karachi, India

woh tempat apa ni?! jerit darus dalam hati. darus memberanikan diri untuk masuk ke dalam makmal IMB. suasana dalam makmal IMB dingin sekali.. macam-macam jenis mesin yang pelik-pelik darus tengok.. terlalu asing tempat itu bagi darus.. kelihatan beberapa penyelidik sedang sibuk dengan kerja masing-masing. ke hulu ke hilir..nampak profesional. entah apa yang dieorang selidik darus sendiri tak tahu.. nak tanya malu karang nampak sangat yang kite ni noob.





"darus come here, today i will teach you how to make agarose gel..and then tomorrow we will start our final year project"








tanpa berlengah lagi darus terus capai botol reagent. semua kelengkapan untuk membuat agarose gel disediakan secukupnya.. terus Dr Mithun memberitahu langkah dan prosedur dari awal sampai akhir. cara penggunaan mesin pelik, apa yang perlu untuk mesin pelik..senang kata barang-barang makmal memang rare dan misteri..





"lastly just pour the agar on the plate..then leave it until the agar cooling down...oke?"







darus mengangguk tanda paham penuh yakin..



silap bancuh ada meletop..ai serius no muka...











Dr Mithun baik dan sporting

Saturday, 21 July 2012

ayak ombak

woi cepat la woi! lambat betul la..bot cik manap dah nak gerak tu.lambat ada kena tinggal..berlari-lari darus dengan raji berlari ke jeti mendapatkan bot cik manap nak ikut pegi memukat. macam nafas kuda darus dengan raji. masing-masing datang buah mengah..semangat betul mereka.



"lepah mu cabuk tali pada tiang tu mu tolak skek bot ke belakang..pok manap nok gostang"..nampak true terengganu cik manap ni. loghat terengganu woOoooh!



seronok betul masing-masing naik bot nak pegi memukat.




kalau aku dah plessing macam ni..tak ada apa laa..hmmm







Setiu Wetland memang best woo0okk!!

Thursday, 19 July 2012

stuntman

dah seminggu bonda darus baru balik menunaikan haji. darus masih belum lagi sempat menjenguk bonda tersayang kerana tuntutan ilmu dan memaksa darus pulang ke kampung lewat seminggu.. tak apalah janji bonda darus selamat menunaikan haji di tanah suci..



3 hari berada di kampung darus begitu seronok sekali. mana tak nya dah lama tak jumpa bonda. anak mak la katakan.... tapi ada dekat kampung bukan lekat dekat rumah pun. malam darus keluar lepak, siang pergi mancing.. itu la anak jati mersing. tak boleh jauh dengan laut..



cuti pun dah habis. so,masa untuk balik ke rumah sewa dan kembali untuk mengikuti kuliah. darus tiba di hentian bas kuala terengganu dengan beg galasnya. 10 minit kemudian reza datang ambil darus dengan yamaha R1 nya di perhentian bas. takkan darus nak sewa teksi pulak. makan modal darus la jawabnya nanti..



tengah sedap membonceng layan naik yamaha R1 tiba-tiba sREeeeeetttTTtt!!!!



kalau aku dah pakai R1 jangan tanya kenapa










sebulan lebih darus sekong rumah tak pegi kuliah

Thursday, 12 July 2012

Satu orang Sahabat



perkenalan aku dengan satu orang sahabat yang baik masa di universiti buat aku menangis. aku tak adalah rapat sangat dengan dia tapi nak dijadikan cerita aku kenal dia ketika dia datang bilik kolej kediaman aku. aku tak kenal pun siapa dia sebenarnya masa tu. aku tanya dia nak jumpa siapa. dia cakap dia nak jumpa aku. aku pun jemput la dia masuk bilik aku. tak sedap pulak tak pelawa masuk kita orang melayu ada adat..


so dia pun duduk di birai katil aku. dia aku lihat memakai copiah berwarna biru gelap, baju t-shirt lusuh dengan seluar slack dan berjanggut. dalam hati aku dia ni nak apa sebenarnya. belum aku sempat bertanya dia dah pun memperkenalkan diri nya sebagai huzaifah. kami pun berbual-bual la sekejap. lama-kelamaan baru aku faham dia datang sebenarnya nak cerita kebesaran tuhan. dari cara dia aku boleh tahu dia ni seorang yang kuat imannya.


start pada tu la aku kenal dia. nak kata jumpa hari-hari tu tak adalah selalu jumpa. kalau jumpa pun cuma terserempak sekejap bertanya khabar. kadang-kadang terserempak dekat dewan kuliah. kadang-kadang dekat surau. kalau aku berbual dengan dia aku rasa macam aku dah lama kenal dia. dari air muka dia aku boleh lihat ketenangan dalam hati dia.


selepas aku naik semester baru aku tak nampak dia solat di surau. biasa aku nampak dia. eh?huzaifah ni dah berenti study ke ape? jadi aku tanya la kawan-kawan aku yang kenal dia. rupa-rupanya baru aku tahu huzaifah meninggal dunia semasa mengikuti jemaah tabligh di kepulauan borneo. aku jadi sebak...






semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman..Al-fatihah


Monday, 9 July 2012

bayu

emosi gua tak tenteram dua tiga hari ni. gua rasa hidup gua macam kura-kura tengah terbalik..weyk eh,, terkapai-kapai nak telingkup balik.. hari hari gua pegi mancing buat penatkan badan. walaupun penat tak ape gua suka.. bulan terang pun gua redah. orang kelaut cakap kalau bulan terang memang payah ikan nak dapat ikan..



dapat dengar bunyi laut gua jadi tenang. kocakan ombak memecah batu pantai buat gua paham simfoni alam. melintang-lintang ketam berjalan gua tengok. entah bila la nak berjalan tegak..nyirap pulak gua tengok ketam. jenis jalan menganjing...









anak-anak ikan bermain di tepian batu. wah,, nampak bebas berenang.. main cilok-cilok tepi batu teritip mengayak arus. elak silap sikit memang sondol batu....die punye ekor berkipas-kipas belah air. teringat gua masa kecik-kecik main ramret..berkipas-kipas kaki lari takut kene cuit..



balik rumah mandi makan nasik baring telentang tidur sampai pukul 6 petang..bangun2 gua rasa nak mengaruk..















gua enjoy dengan diri sendiri

Sunday, 1 July 2012

pak cik cc

awie berbaju hijau kanak-kanak riang wawasan mersing. suasana cc haruk-pikuk. kedatangan awie ke cc menambahkan lagi suasana riang.. berbekalkan selipar asadi dan duit lima posen nya beliau nekad nak perabiskan duitnya tanpa memikirkan perut nya yang lapar dikala tengahhari.. tanpa membooking pc awie menerjah ke pc yang tiada penghuni....





"pak cik! lima posen pc 8.." awie dengan selamba berkata-kata



"amende pakcik-pakcik?? cc cikgu dekat depan sana boleh la ko panggil pakcik." abang cc memantul balik..






awie tersenyum-senyum macam kerang busuk bacen tanpa mengkesahkan abang cc yang tengah main facebook..











awie leka main game 15 minit