Thursday, 31 May 2012

bas.



"jaga2 ha.. saya mau kasi tutup itu pintu.. jaga itu kaki sama tangan!".. jerit pemandu bas muar ke tangkak.


pergh.. dia punya penuh bas tu sampai macam tu sekali. tin sardin pun tak mampat macam tu. dengan bau minyak wangi bangla lagi.. berdiri lagi.. pakai baju kemeja seluar slack kasut hitam lagi.. dah mandi dah aku dalam bas tu... k0rang pikir la bau minyak wangi bangla macammana? busuk gaban.. puii!,,




basten muar ni kalau hari ahad rase macam kita pulak yang jadi PATI.. bangla, nepal, indon penuh lepak2 tunggu bas. berebut-rebut nak naik bas.. bas belum sampai lagi dah berkejor dengan driver bas.. driver bas siap pegang kayu cota lagi nak bagi penumpang yang ada dalam bas turun dulu. kasi lepas orang dalam bas keluar dulu baru boleh orang lain naik bas pulak... hmmmmm tak nyempat2.. rilek je mat bangla panjat bas masuk ikut tingkap belakang.. bila sorang dah starting apa lagi beramai masuk ikot tingkap... mengarok! mengarok! mengarokkkkkk driver bas tengok!!!..... last2 driver bas turun isap rokok lepak minum...




jalan sikit berenti.. jalan sikit berenti orang nak turun.. yang nak turun orang yang duduk dekat belakang, terpaksa yang depan keluar pada bas dulu lepas tu masuk balik.. on the way jalan muar tangkak banyak rumah2 tepi jalan jadi ramai yang naik bas turun kampung masing2.. itu yang jalan sikit berenti.. jalan sikit berenti...












sampai asrama aku terus tido...

Monday, 28 May 2012

kroyok

"afwan ko sini sekejap"..memang dah jadi tradisi afwan ni memang jadi bahan belasahan dengan budak2 kelas. meja die memang baris belakang sekali jadi senang budak2 nak tarik ke ruang belakang kelas.. asal cikgu tak masuk kelas je siap la si afwan kene kroyok...haha kroyok bergurau manje orang cakap.. aktiviti isi masa lapang..lepas tu ketawa sama2 dengan afwan... tapi kadang2 mcm nak nangis ade jgk bdk tu..





tengah sedap2 kasim, halim dengan che lan kroyok afwan tiba-tiba chelan berenti kroyok.. budak2 kelas naik pelik. che lan kalau dah memukul memang payah nak berenti.. tiba2 che lan mencangkung bukak kasut bukak stokin lepas tu letak bawah meja dia.. ingatkan dah habis kroyok rupanya sambung balik kroy0k afwan dengan kaki ayam...





"w0h baru selesa w0hhh...!" che lan mengentan sambil senjah2 lutut pada perut afwan..






"cikgu3!!" hah,, bertempiaran budak2 ni lari ke tempat duduk masing-masing.. menyasor-nyasor lari kecuali afwan dan che lan..  cikgu asma hanya memerhati dari sudut pintu belakang kelas..





"woi che lan,, cikgu asma d0e!" halim berbisik keras..











bak buk bak buk afwan kene lontar ke dinding.. che lan tak sedar dari tadi cikgu asma tengokkan je die belasah afwan.. jenis dah sedap sangat belasah budak guna kaki ayam sampai tak sedar tinggal die berdua je kat belakang..tiba2 che lan buat2 pegang surat khabar lepas sedar cikgu tengokkan dia berkaki ayam.

Sunday, 27 May 2012

kacip

jam dah menunjukkan pukul 6.27 petang. daus baru balik keje. balik-balik je terus darus capai gitar main lagu sudah cukup sudah.. greng3~





"assalamualaikum!" tiba2 muka pintu terkuak.. iwan balik rupanya. tangannya memegang sebungkus beg plastik berisi nasi minyak orang kawen dengan bunga telur. iwan baru lepas habis shooting pengantin dekat pontian. shutter speed, aperture, iso, lighting memang makanan iwan la hari2. gambar2 die shoot memang tipt0p cantik macam neelofa..





iwan membuka beg plastik yang berisi nasi minyak tadi dan diletakkan di dalam mangkuk.. sebelum makan die pelawa daus jamah nasi minyak tu.. daus kata tak apelah nnti malam die makan kedai sekarang dia tak lapar..





"ambiklah ni. ade lagi separuh.. nnti malam kite keluar makan lagi. ini buat alas2 perut. pukul 9 malam nnti kite keluar pegi makan.." pelawa iwan sekali lagi pada daus.







kting2..ting..kting....ting3...kleting....










dalam pada tak lapar kting2..ting..kting....ting3...kleting....berkacip-kacip bunyi gigi daus berlaga dengan sudu masa makan nasi minyak..

Friday, 25 May 2012

ayam

petang2 memang masa sudin lepak2. macam biasa la nak lepak mesti la dengan member takkan lah nak lepak sorang2 pulak.. nak jadi ape? sambil-sambil tunggu kamal sudin makan koci buat taik gigi.. tapi ntah kenape sudin rase macam dia datang lepak awal sangat. budak tak ada lagi.. tapi memang awal pun sudin datang.. tak nyempat-nyempat.. dah bosan sangat agaknya... sudin capai handsetnya terus telefon kamal ajak datang lepak.. kamal cakap sekejap lagi die sampai..




[10 minit kemudian]
" ai lambat no.. bertelur ke ape?" sudin hantar mesej pada kamal.
" sekejap2.." kamal balas mesej sudin.




[23 minit kemudian]
" tengah mengeram la tu.." sudin hantar mesej pada kamal lagi. malas dah sudin nak tanya bila nak sampai..




[40 minit kemudian]
"woi dah menetas belom? cepat la woi..kata sekejap2" sudin dah tak boleh sabar lagi dah..









sudin stat motor balik rumah lepas tu singgah kedai mak cik sekejap beli keropok makan dengan omar


[dani & idr]


Sunday, 20 May 2012

naya

bagai keropok lekor tak cecah dengan sos.. kelihatan seorang gadis metropolitan sedang bertungkus-lumus menjaga anak-anak ikan nya. gadis metrop0litan biasa la dressing up to date... tapi kesah apa dani dengan sudin dengan gadis metropolitan tu.. lantak dia la. yang dani dengan sudin tahu ikan talapia dia kenyang petang tu..




"dani,, ko nampak tak apa yang aku nampak?" spontan sudin bertanya.



"kenapa ko tanya aku macam tu?" dani menjawab dengan pertanyaan.



"aku tanya ko..nampak tak?" sudin bertanya sekali lagi. kali ni nampak tegas nada suaranya. tapi macam tengah tahan ketawa pun ade jgk...




"nampak2.. budak tu dah nak tergolek kan?" dani pusing belakang.. menyorok belakang tangki air.. lepas tu ketawe dengan sudin....









budak funtion dekat hatcheri. hmm nasib baik la tak tergolek...naya ke member kalau dah tergolek..

Friday, 18 May 2012

hipotesis

guling kiri..guling kanan..tengok jam handset pukul 1.38 pagi...



ambil selimut busuk lipat-lipat lepas tu cium dalam-dalam...tengok jam handset pukul 2.23 pagi..



mata terkebil-kebil tengok member sebelah tido tak pakai baju.. tengok jam handset pukul 3.05 pagi..



bangun pergi dapur minum air.. tengok jam handset pukul 3.48 pagi..








sudin tengah sakit gusi.. gusi sudin bengkak

Sunday, 13 May 2012

V-tec h0nda

jam dah pukul 1.45 pagi waktu tempatan rumah sewa sudin.. masing-masing mata dah macam panda. tinggal nak hanyut dibuai mimpi. macam biasa la sebelum tido kutuk2 orang dulu.. kutuk pak cik sebelah rumah pun jadi.. dah pak cik sebelah jenis bela nyamuk belakang rumah.. mana tak angin.


dah habis point bahan pak cik sebelah rumah.. bahan member bilik depan pulak.. member bilik depan jenis mata hijab. dia lupa nak tutup hijab..org yang nak tutupkan hijab dah mati... macam burung hantu jenis tak reti tido malam...hmmm macam tu la bdk2 rumah sewe sudin..





tengah sedap2 berborak tiba-tiba!!





"kroo0oh3!!"... perghh kuat betul kamal berdengkur..




"haa seduuutt lagi! seduuutt!! ha! seduuuuuuutt!!!" sudin bagi sokongan moral pada kamal.....










jenis berdengkur tak agak2...

Thursday, 10 May 2012

daun terup

"koc0p lagi...koc0ooppp! hahaha..!" wah sedap rafi menala ke sudin.. mentang2 sudin kalah main speed. macam biasa la yang kalah kene k0c0p lepas tu bagi balik..



tak tahu la kenapa hari ni sudin tak de luck org ckp.. asyik die je kene k0c0p.. naik tough lengan kiri kanan. naik muscle aku tengok.. dah tak payah pegi gym nak buat body. k0c0p daun sudah... tapi yang aku suka sudin ni jenis tak putus asa. semangat ni yang aku suka..jiwa kental!



"satu untuk ko. satu untuk aku... dua untuk ko dua untuk aku... tiga untuk ko itu handset aku... yang ko pegi baca mesej aku ade ape?" kaki sudin senjah rafi..




 "aku nak tahu ko ade awek ke tak? tu je".. mengerang rafi kene senjah..








selama ni sudin tak kesah pun org main handset die.. asyik kalah je tu yang sudin jadi touching

berkepak

dekat cc dia lah otai. semua budak nak sound.. dah terror main game kabo nye... habis dari pagi sampai ke petang ngadap game dekat cc.. menampilkan! "husing king!"



wah berkepak-kepak memusing keliling cc tgk bdk2 lain kene kitai dengan die.. woo0ohh! berkepak!
bayar duit cc pakai syiling. main 50 sen tambah.. main 50 sen tambah.. main 50 sen tambah..



tiba-tiba henfon "husing king" berbunyi.. slow je suara "husing king" jawab telefon..
habis je cakap dekat telefon "husing king" ambil basikal kayuh terus balik rumah..



ha! ha! ha!    berkeeepaaaaakk!!! haaa!... abang tukang jaga cc sound dari kaunter.








"husing king" takut kene marah dengan mak la tu......
             berkeeepaaaaaaaaakkkk!


Tuesday, 8 May 2012

jalanraya

untuk kaki lari ni lah tempat die. sampai berdiri-diri tekan paddle minyak nak bagi habis laju.. kalau meter tengah naik2 jangan main double paddle dah la.. jenis minyak dgn cluth tekan serentak..hmmm tak ade ape la.. meraung enjin mintak tolong! wooo0ooohH!



"vr0omm2!".. bunyi kereta datsun tonggek sudin. bunyi boleh tahan..



"kak.. berapa ringgit?" sudin bertanya pada kakak jurutol.



"rm 6.20 dik.." pantas kakak tu jawab. orang lama keje. harga semua dalam kepala..



"nah kak 10 ringgit. saya tak de duit kecik..  kak nak tumpang tanya boleh?" kata sudin.



"apa dia dik?" jawab kakak tu selamba sambil pulang kan duit baki sudin.



" asal jalan nya lurus sangat ha kak?" sudin jadi keliru dengan diri sudin sendiri..






dah tentu lalu highway memang la jalan nya lurus.. memang mintak kaki dengan kakak tu

Monday, 7 May 2012

sakit mata

manchester lawan tnb kelantan.. begitu meriah suasana di pasar awam semaloi. memang betul la cikgu kt sekolah selalu kata bising macam dekat pasar.. huru-hara!.. sudin sibuk melayan kerenah pelanggannya yang mintak murah.

ikan kembong harga sekilo 8 ringgit mintak sekilo 2 ringgit, memang mintak kene cedok dari bawah perut! ingat table barang 2 ringgit ke apa..ey2! ade makan kasut phua chu kang sudin...



"dik ikan pelaling ni sekilo berape?" tanya kakak yang tengah mendukung anaknya.



"sekilo 6 ringgit kak tapi saya bagi 4 ringgit sekilo dah la.." sudin menarik hati kakak tu.



"mahalnya.. bagi 3 ringgit sekilo dah la dik".. kakak tu ajak main harga dengan sudin.



"ini saya jual lepas-lepas modal je kak" sudin bermadah..



"ni matanya dah merah2 dah ni akak tengok.." kakak tu pandai cari p0int.



" ikan ni sakit mata kak sebab tu mata dia merah...ha ha
  hmm boleh la kak.. sebab anak akak c0mel.. boleh lah 3 ringgit sekilo" ...






ikan yang sakit mata cuma sekor je..terkena sudin... tapi kakak ni selalu beli tempat sudin sebab tu sudin tak berkira sgt...apa ada hal..

(setiap gambar ade ceritanya_yuna duta nikon)

Sunday, 6 May 2012

rugi

"hmm sedap betul la pisang goreng ni.. tak rugi beli dekat kedai kakak tu.." kata sudin sambil dia mencecah sambal kicap.



"tak rugi apenye? ye rugi..." pantas joe menjawab.



"apsal pulak rugi??" tanya sudin sambil die kent0t.
 


 "rugi la sbb ko beli sikit! beli la banyak sikit....ey2!" jadi marah joe tiba2... 






padahal sama je rase pisang goreng tu, jenis perut dah lap0r.. semua sedap..

( gambar sekadar ilustrasi )

Friday, 4 May 2012

air cond

"wah! masak kita dalam ni".. kata joe pada member die..



"pergh cepat buka aircond.. panas betul dalam kereta ni.." kata mirul..



dieorang pun bergerak keluar daripada tempat parking awam di komplek teruntum. matahari memang tengah tegak2 atas kepala la mase tu.. dalam perjalanan pulang ke rumah sewe, kerete satria second hand yang mereka naiki tersangkut dalam jem..




"apahal pulak ni? ni mesti ade orang excident kt depan ni. tak pun roadblock.." kata joe..




"ni apa pasal aircond  kereta ko tak sejuk2 ni? aku dah berpeluh-peluh dah ni.. berlecak dah ketiak aku ni joe" mirul dah mula rimas..



"kejap lagi sejuk la ni, kereta bmw pun masuk2 bukannya terus sejuk.. sabo mirul".. jawab joe tenang




(20 minit lepas tu..)

"haraamm aircond kereta aku ni rosak! dah mandi aku dalam kereta ni... mirul ko bukak tingkap tu mirul! lepastu ko jgn tanye aku ape2! aku tumb0k ko nnti mirul!....joe maki..






last2 mirul bwt dek je..

he he dan he

"wahahaha memang kene tempat die ni!.. lapar betul ikan-ikan kt sini".. kata saiful



"ha ha ha makan lagi makan!".. saiful berkata sendirian lagi..



saiful bersama pak cik nya tak menang tangan mengasak dan mencabut ikan dari mata kail.. naik bersepai-sepai umpan ikan2 ni bedal..




"ni kalau cangkuk bulu ketiak dekat mata kail pun ikan makan ni.. lapar betul ikan2 dekat sini.. hahaha!".. tiba2 pak ciknya bersuara..




saiful melekek-lekek ketawa atas bot...







kadang-kadang pak cik saiful ni funny jgk walaupun die seorg askor.. askor memang xle bwk bergurau

kahak hancur

"~gugusan hari-hari indah bersamamu camelia... bangkitkan kembali rinduku membawaku kesana"... suara pin berkumandang di halaman rumahnya...



pin ni seorang lelaki tapi suara dia jenis tak lepas.. kuat2 memang kuat tapi halus bunyinye.. nk bwt mcmmane.. dah memang suara die mcmtu aku nk kata ape...



"pin.. dah pin.. dah macam suara kahak hancur dah aku dengar pin..".. jenis bdk sebelah rumah sound gitu..



"tibaaa tibaaa langkahku terhenti... sejuta tangan kn menahan ku.. ingin ku maki mereka berkata~"... pin sambung balik nyanyi..






kahak hancur pun kahak hancur la pin... hmmmm...

Thursday, 3 May 2012

jantung!

"semalam cikgu ade suruh lukis gambar jantung dengan labelnya sekalikan?..mana dia cikgu nak tengok?"....tanya cikgu din sambil melentur-lenturkan rotan nya..

dia punya rotan ngeri kite tgk. kalau kene memang tak ingat dunia la sekejap.. panjang dia sedepa.. besar die mcm ibu jari kaki korang..



"apa siap label?!!.. ahh sudah,, aduuuhhh aku tak label!!.. tapi gambar jantung dah siap dah!"... jerit sopi dalam hati.




"kalau aku buat ni sempat ni"..sopi bercakap sendirian  sambil tangannya mula menulis untuk melabel bahagian2 jantung..



menggigil-gigil sopi pegang pen nak label... dia punya takot mase tu nk tulis huruf pun dah tak boleh dah... tulisan cakar ayam pun cantik lagi... menggigil-gigil! wooooo0ohh!  mase tu pulak la cari pembaris tak jumpa. last2 sopi freehand je bwt garisan.. bayangkan la mcmmane freehand sopi buat garisan mase tu... hek eh!!...0o mak ai! rase nak terkencing pun ada...



"semua dah siap belum?"..cikgu din tanye lagi..



"dah siap cikgu.."...jawab bdk2 kelas sopi.



"okeh,, hari ni cikgu nak terangkan fungsi2 setiap bahagian jantung.. buka buku teks muka surat 43"..



"peergghhhhhhhh selamat akuuuuuuu!!!".. jerit sopi sendirian dalam hati......







sampai abis kelas sains sopi menulis gigil-gigil

Wednesday, 2 May 2012

mandi

kertas di tangannya ditenung lama-lama oleh pak samad..entah apa yang di tengokkan aku pun x tahu..aku rasa dekat 15 minit jgk dia tenung kertas tu..kemudian kertas tersebut dilipat-lipat dan dimasukkan dalam saku baju kemeja dia...


"tengok apa tu pak samad?" aku tanya dia.

"aku tengah cari buah kene..x kene xpe tapi jangan sampai kene..kalau kene aku belikan apek tu motor baru.."..seloroh pak samad sambil matanya melihat apek sebelah rumahnya tengah siram pokok..


"Apek tengah mandi ke!?"..tiba2 pak samad menjerit.

"hahaha kasi siram bunga la samad..haiya lu kasi wa mamput la samad..hahaha"...jawab apek.




pak samad memang funny

betul

terkocoh-kocoh usin menyiapkan diri untuk menghantar anaknya ke klinik..
"ey mana wallet aku ni? tadi aku letak dekat tepi tangga tapi kenapa aku cari atas tv...ey memang x jumpa"...


"mangkanah..silakan masuk"..jerit misi.
jadi usin ni pun masuklah ke dalam bilik rawatan dengan anak die..


"doktor,, anak saya ni kene demam campak la doktor..abis satu badan keluar merah2"..kata usin..


doktor tu pun melihat-lihat bintik2 merah pada tangan anak usin.."betul.."..kata doktor
itu je ayat yang doktor tu ckp..lps tu usin dah boleh keluar dari bilik rawatan...






hek eh,, aku rase usin ni pulak yg jadi doktor