Sunday, 23 December 2012

aladdin

“bakar,, pinjam pemetik api kejap. Litre litre ada?”


“nah”


“dari pagi tak kena rokok. Ni baru kena. Lepas makan kena rokok lepastu ada angin sikit-sikit..huwaaa.”


“aih? Asal litre aku masuk dalam kocek kau pulak?”


“hehehe sori bakar. lupa pulak aku pakai litre kau. Dah sedap sangat kena winston merah”


“hahaha tale ke kau litre aku..lawooo lawo lawoooo!”










Member buat magic sekejap. tadi litre gua ada lepastu tak ada. Sedar-sedar dah dalam kocek member

Tuesday, 18 December 2012

heart

udin,, aku nak tanya kau ni udin.. faiz kenapa? dia masuk hospital kenapa? dia sakit apa? aku ada nampak budak-budak upload gambar dia dalam wad dekat facebook.



faiz sakit jantung derih. dia masuk IJN haritu operation. dia ada masalah jantung. injab jantung dia tak berfungsi. sekarang dia bergantung kepada injab tiruan.


dia ada mana sekarang?? hospital lagi ke?


tak lah. dia ada dekat rumah dia sendiri. keadaan dia dah stabil.. haa jom ah kite pergi rumah dia melawat dia sekejap..


haa oke..


tak semestinya doktor cinta tak kena sakit jantung









biar rugi daripada jangan kaki bawah lori. nikmat kesihatan tak ternilai dengan wang ringgit.. kalau boleh hindar benda yang boleh rosak badan

Saturday, 15 December 2012

buah pening

"kalau boleh bersabar ea. benda benda macamni kena banyak sabar" tiba-tiba gua senjah ayat gitu ke sahabat... jenis nak mengajak berchating.




"baik" sahabat balas.. pendek saja sahabat balas. nampak sahabat malas nak layan gua




"sabar sahabat kumbang ni kalau kita tengah baca buku masa tu lah dia datang nak buat-buat busuk. itulah nama dia kumbang busuk... " entah apa yang gua hembus gua sendiri keliru dengan diri gua.




















tiba-tiba suruh sahabat bersabar tak tahu sebab apa. jenis nak mengajak sahabat berchating. kah3

Friday, 14 December 2012

didik3

masa gua kecil-kecil ayahanda selalu tanya:



Siapa yang bagi makan nasi?

Siapa yang bagi kenyang?

Siapa yang bagi lapar?

Siapa yang bagi sedap?

Siapa yang bagi minum air?

Siapa yang bagi hilang haus?

Siapa yang bagi duit belanja sekolah?

Siapa yang bagi basikal?

















Up to date sangat dah mak ayah zaman sekarang. Tak mudah kecik-kecik dah didik anak-anak menyanyi. bertepuk tangan dapat masuk idola kecil

Saturday, 8 December 2012

Jiran tetangga


mengaruk ngaruk dah tak sabar sangat nak minum susu




“haa abang abang! Bang van saya ada problem. Start start tak nak hidup. Tengokkan sekejap boleh bang?”


“ boleh...”





Sreett creettt creettt~!!


“sahabat,, kau punya timing belt dah putus ni..confirm, aku tak payah tengok buka enjin pun aku dah tahu..sama ada putus masa tengah berjalan ataupun putus masa nak start. Itu aje..”



“abang boleh bikin bang? Nanti barang-barang sparepart saya beli.. “



“minta maaf sahabat,, aku bagi tahu awal-awal. Aku boleh bikin dan aku boleh buat tapi aku tak nak. Kau pergilah hantar ke bengkel cina.. aku tak nak baiki pasal apa masanya tak ada. Balik kerja je dah petang. Nak baiki makan masa 3 hari juga nak overhall satu enjin..”

















Pergi kedai cina pandai pulak standby duit cukup-cukup. Bila dengan melayu mula ambil kesempatan nak bayar upah baikpulih murah murah. Puii, sori la sahabat..

Wednesday, 5 December 2012

Taylormade

first sekali cara pegang kena betul. kau tulis tangan kanan ke kidal? sama macam aku kan tulis tangan kanan? okeyh pegang dia tangan kiri sebelah atas tangan kanan sebelah bawah.. jari telunjuk tangan kiri kau kena bersilang dengan jari kelingking tangan kanan kau.. macamni kau tengok aku pegang macammana.


badan bongkok sikit lepas tu dada buka sikit ke depan macam ayam serama.. buka kekuda sikit. kepala jengah ke kiri ke mana kau nak tale bola kau. bila kau dah rasa diri kau macam tiger wood apalagi kau angkat lah iron kau. kau swing iron kau.. amacam??



oke gua try!








market habis gua bergambar dalam studio..kah3















terpejam-pejam mata gua sedap sangat korek telinga depan pintu rumah

Sunday, 2 December 2012

gadjet

walaweeiii!!!!...... boleh restart sendiri handset gua ni. macam orang bodoh kena taip balik mesej tadi. rasa macam nak korek pusat lepastu tale ke lubang hidung. paeng nye la hai bau..












walau buruk tapi ada nilai sentimental. gua tak kesah orang nak kata apa

Saturday, 1 December 2012

titian suratan

"kak sini kat sini ada kerja kosong tak?"



"ada.. nah adik lengkapkan form ni. dekat atas tu adik isi la adik nak jawatan apa. nanti dah siap bagi dekat akak semula ea"



"alright..(pergh cakap orang putih siot gua)"




****
10 minit kemudian.

"dik,, akak nak tanya ni. akak tengok resume adik ni.. dulu adik kerja maintanence kan?? tapi kenapa adik mintak housekeeping ni??















habis ikhtiar dah gua looking for a job.kah3

Monday, 26 November 2012

TE37

ramai yang tak tahu pasal tayar. yang kita tahu tayar botak tukar baru. tayar botak tukar baru. betul ke tayar yang kita tukar tu sebenarnya tayar baru? asal bunga cantik kata tayar baru.


tayar dibuat daripada getah. jadi tayar ni sebenarnya ada expired dia. getah ni makin lama jadi main keras. bila tayar tu keras dia akan kurang grip pada jalan. kalau tayar tu tayar baru getah dia masih lembut. bila lembut dia akan lebih beri cengkaman masa brek emergency. getah tayar tu akan lebih gigit pada jalan. jadi kena tahu bila tarikh tayar tu dikeluarkan pada kilang. macammana nak tahu? call gua. gua ada jual tayar jenis KINGSTONE T900 murah-murah..kalau tak nak call pm je gua..kah3














tangkap pinggang gua umpil tayar motor gua bocor

weird

"jamrus,, aku nak lah bateri ni"



"bateri tu dah tak boleh guna lagi dah geng,, bateri tu dah weak"



"aku memang nak yang dah tak boleh guna. tak pakai lagikan??"



"tak,, ambillah.memang aku letak kat situ nak buang nanti"





*****

apahal pulak incas aku ni. "abang,, nak buat apa dengan bateri rosak ni? tak boleh guna dah"



ko nak tahu?? nanti aku tunjuk ke kau macammana guna dia















benda paling ajaib yang pernah gua tengok dalam hidup gua

Saturday, 24 November 2012

nothing imposible

"uncle,, itu enjin sangkut uncle ada jual?"



"ada, you mahu berapa kuda punya?"



"15 kuda. yamaha. panjang punya. berapa harga?."



"0oo you mahu main laut punya la. itu dalam 4K la boleh dapat"















tak tahu tulis dengan baca pun boleh jadi tokey heavyduty machinery. dah macammana??
termenung sekejap gua tengok tahi lalat hidup uncle atas pipi

Monday, 19 November 2012

keep in touch

tit titt titt..(mesej masuk)
tengah sedap motong nenas buat rojak tiba-tiba tersoyat kulit kena pisau. hek eh,, tersoyat.tersoyat.tersoyat..rarenya la hai ayat



[dua hari kemudian]

tit titt titt..(mesej masuk)
sedapnya la hai berak.


[tiga hari berikutnya]

tit titt titt..(mesej masuk)
baru aku tahu angelina joe malaysia adalah kila fairy woi!! kah3



[lima hari kemudian]

tit titt titt..(mesej masuk)
kalau tak tiptop takkan dia nak buat, melainkan dia adalah sejenis agas industri hiburan puii..haha



[hari berikut nya]

tit titt titt..(mesej masuk)
adomak ai..jadi hamba nusan kita gini.


[lima hari berikutnya]

tit titt titt..(mesej masuk)
perrgh hujan beb.sedap nak maput tido...edap erhhh. tak ada aktiviti luar kita gini




[hari berikutnya]

tit titt titt..(mesej masuk)
merakas cari spana tak jumpa-jumpa. jenis lupa letak mana.



[empat hari berikutnya]


tit titt titt..(mesej masuk)
beliau memang pemain bahaya. kalau main bola boleh buat gol sendiri

















cara sahabat kampung keep in touch.korang ada? ada?

Saturday, 17 November 2012

sisik

dulu gua cuak gila tengok orang main welding. dia punya api sakit mata woi. terpercik-percik api gua tengok. boleh jadi sakit mata kalau tak biasa. gigil-gigil tangan gua nak touching rod pada besi nak welding. nak touching tak nak? nak touching tak nak? nak touching tak nak? last last gua touching jugak..bila dah touching rasa macam main bunga api woi!! kah3


merah-merah besi gua tengok. naik berlubang besi sebab kuat sangat arus elektrik gua pakai..kah3 jenis selak dapat main bunga api. habis semua besi gua nak cantum-cantum. gua ingat nak buat bentuk lazim tapi tak jadi.. naik pening incas melayan ke gua main bunga api. incas lagi power gua tengok. kejam mata pun boleh tahu nak welding kat mana. entah macammana dia tengok pun gua sendiri tak tahu. gua rasa incas gua ada bela atok (saka) kot.. kah3



















ramai orang ingat benda ni sukan lasak tapi inilah dia seni besi

Wednesday, 7 November 2012

jangan la direct sangat berlapik sikit

aku ni bukan apa. aku nak tanya kau je. aku nampak benda ni jadi, aku pun nak tahu juga. tak tanya tak tahu orang kabo.heh he!



mana la aku tahu cerita macammana. kenapa kau tak tanya dia terus mesti dia jawab punya. hahaha!



takkan aku sendiri pulak yang nak tanya dia? tapi takkan dia? takkan dia? takkan dia?? kah3!



tanya je la dah kau nak tahu sangat. aku sendiri pun tak nak tahu..hahahaha!




dah kau jangan nak marah aku woi, yang ko nak berlagak sangat ni kenapa??keh3,, ko nak tahu sebab apa jadi gitu?? sebab apa? sebab apa??bhahaha!




hah?? sebab apa?




because the man have everything!. kah3














bergosip gua dengan mak jemah petang petang. 

Tuesday, 6 November 2012

david villa

how to know?


:   kalau korang selop poket ada 13 ringgit. maknanya korang dah boleh masak nasi dengan telur kuah kicap


:  kalau korang dah rasa angin sejuk. maknanya korang dah boleh termenung tepi motor tak menyempat la nak balik kerja sebab hujan.


:  kalau korang rasa hidup korang tak berguna lagi. maknanya korang dah boleh pergi masjid solat berjemaah. itu lebih baik


:  kalau korang pergi kedai lepastu lupa nak beli apa. maknanya korang dah boleh menyanyi sendiri atas motor




















ramai orang kata beliau memang laju. sebab tu beliau main lane kanan je

Monday, 5 November 2012

navy


awak sekarang kerja apa azman?


saya kerja navy cikgu.


wah,, bagus. tak sia-sia cikgu mengajar awak dulu. jadi askar laut dah awak sekarang.





pegang tiang sahabat elak kena pukul ombak musim tengkujuh











dalam pada navy. seminggu dekat laut tangkap ikan jadi nelayan

tiub cacing

"apa macam boss? ada untung ka bulan ni?"


"tak ada untung la kawan. rugi maa"


"cerita untung saja sudah laa boss"


"ai yaa,, you tengok sendiri maa mana ada orang datang? mana ada orang masuk saya punya kedai, tukar itu tayar kereta? tak boleh tahan maa ini macam...."





bergasak gua dengan toman bukit merah. hitam hitam muka gua kena tala dengan matahari













dalam pada rugi 30 hingga 40 tahun kedai tak tutup-tutup. molek ada.. cara cina berniaga

Friday, 2 November 2012

akon

prakkk praak praaak!! habis semua tulang serangka lembu kena kapak dengan student foreigner utm. tengok pada gaya foreigner dari india. sekali dia kapak hui memantul balik. melawan!. tiba-tiba dia sound member dia "i need some powder" dia kabo. tangan licin pegang kapak ceritanya. lepas letak powder dia sambung balik memancah tulang serangka.


gua dari tadi tengokkan aje apa dia buat sambil-sambil gua duduk dekat satu sudut tembok. entah bila masa ada satu orang awang hitam duduk sebelah gua. gua pun tak tahu. gua tengok muka dia. dia pulak tengok muka gua.



"he got experience" awang hitam nak ajak aku berborak


"yea, have you try it?" sambil gua juihkan bibir gua ke foreigner yang main kapak tadi.


"no.. heh he" dia tersenyum. putih gigi dia


"so tough. a lot of experience. specialist forensic. we call this man is true man..true man brother.true man! kah3" gua kabo gitu ke dia.













bukan niat gua nak ejek bibir sahabat.

Friday, 26 October 2012

jejai memberontak



ixara cafe:

aku tengok kau ni main bantai je makanan kat cafe tu. habis semua makanan kau makan aku tengok.




benda free. aku makan je la.




aku pun makan jugak tapi taklah macam kau. masin ke, masam ke, pedas ke, tawar ke semua kau bedal.




kau tak tahu aku kerja bengkel macammana "heavy duty". kau apa tahu.



















hari-hari makan tengahhari lauk sedap-sedap. sazali samad la gua lepas ni

Monday, 22 October 2012

kehidupan dunia yang sementara

dah seminggu lebih arwah yayi (datuk gua) pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. rasa macam seperti baru semalam semuanya berlaku. masa begitu pantas sekali namun semua gelak tawanya, senyumannya, suaranya, gurauannya masih segar dalam ingatan. yayi baik dengan semua cucu-cucunya termasuk gua. semua kenangan gua bersamanya akan gua simpan dalam ingatan gua.



arwah yayi menghembuskan nafas terakhir disisi isterinya dan rakan baiknya.












semoga roh yayi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah~

Wednesday, 10 October 2012

real steel

***wad melur_hospital mersing 11.30 a.m






"dik kenapa ni dik? excident ke ape?" gua jadi peramah ajak berborak.


"ha ah bang. excident dekat endau. saya bawa motor lepastu kereta tiba-tiba belok ke kanan. saya tak sempat elak..lepas tu apa lagi saya pepah la kereta tu.." budak tu cerita habis-habis dari pucuk sampai pangkal.


"mana patah? tangan kiri kanan bersimen aku tengok. tak cukup tangan dengan kaki kaki sekali ko simen?" gua lain macam tengok budak ni..


"masuk besi bang. semua masuk besi. tangan kiri kanan masuk besi. kaki kiri kanan pun masuk besi bang.."












nak jadi ironman ke apa budak ni

Sunday, 30 September 2012

journey

dah seminggu gua senjah kilang-kilang jb. tapi tak ada yang lekat lekat dengan diri gua. tak tahu la kenapa. mungkin ada hikmah semua ni. mungkin bukan rezeki gua agaknya. tak apalah nanti adalah tu. ni semua ujian dalam hidup gua. kalau tak macamni gua tak rasa hidup susah tu macammana.


setiap orang ada jalan cerita masing-masing. tak sama. ada orang macamtu ada orang macamni. mesti tak akan sama walaupun mereka kembar seiras ke kembar petronas.. uih itu KL twin tower. duit poket gua pun dah nak kering. jadi gua rasa gua nak balik kampung semula. tempat paling tenang bagi gua












ya Allah berkatilah kehidupan aku

Friday, 21 September 2012

hobi

esok 6 Zulkaedah 1433H. tekong cakap minggu ni air pasang tak berapa besar. memang cantik sangat kalau pergi memancing. masa-masa macamni penghuni dasar memang galak memakan umpan. dari pengalaman tekong dia cerita macamtu lah. kita tak tahu sebab kita ni jarang turun kelaut. tekong jenis tegar. asal tak kerja je punggah enjin sangkut belakang rumah turun ke laut.


**
esok ada kenduri rumah mak cik gua dekat kota tinggi. macam biasa la gua kena jadi driver keluarga. hati gua berbelah bagi. kalau ikutkan hobi gua memang nak je ajak tekong mancing esok hari tapi esok ada kenduri rumah saudara nak buat macammana...

gua buat keputusan gua tak dapat turun ke laut sebab nak pergi kenduri rumah saudara...











hobi terpaksa diketepikan dahulu untuk keluarga. Tanpa keluarga siapalah kita

Sunday, 16 September 2012

kerapas

arghh letih habis badan. hujan tengah lebat. gua dah tak kira dah ramai orang tengok ke tak. dekat situ jugak gua bukak baju tukar seluar pendek.  baju dengan seluar slack gua tadi kotor lencun. badan rasa melekit kena air masin atas bot tadi. takkan basah-basah nak masuk dalam triton jadi kena la tukar baju kering dulu..




dari pagi sampai ke petang gua atas air. berayun-ayun berayun-ayun. kepala gua dah macam apa dah tapi atas minat, gua gagahkan jugak diri gua melayan penghuni dasar penyabong. air tak adalah berombak mana tapi dah cukup dah buat kepala gua ....~ mabuk bukan mabuk, mabuk cinta mabuk nama mabuk kuasaaa ~ tam spider! kah3




gua masuk port, gua baring telentang topi tutup muka.. hah! nyenyak gua tido sampai mengigau-ngigau gua jaga awek orang..





on your mark! get set! goo!! tangan macam nak berlari seratus meter pun ada.. maaf gua bukan fotogenic















balik modal umpan dengan minyak jadi la

Thursday, 13 September 2012

kuiz

"oke kelas.. sebelum saya mulakan lecture saya keluarkan sehelai kertas kosong hari ni kita ada kuiz. saya bagi masa 10 minit untuk jawab soalan kuiz. sila tulis nama dan nombor matrix pelajar anda sekali ea.. salin soalan ni.. saya adalah seekor ikan. pada suatu hari saya terlanggar sebuah batu tajam kemudian badan saya berdarah.........oke sambung cerita saya dan kaitkan dengan subjek yang telah kita pelajari sebelum ini.."


10 minit telah berlalu. jadi kesemua pelajar menghantar jawapan kuiz kepada lecturer. sesi pembelajaran penyakit-penyakit ikan bermula seperti biasa.




***
next class


"oke saya telah pilih-pilih beberapa jawapan kuiz semalam. jadi saya nak bacakan kepada awak semua.. pada suatu hari saya terlanggar sebuah batu yang tajam kemudian badan saya berdarah............ aduh!,, mana ada sakit? tak sakit pun.. aku buat berenang macam biasa tapi dalam hati sakitnye lahai. aku tunjuk kuat pada ikan-ikan lain. padahal berenang dah macam apa dah.. hah haha itulah yang kawan awak tulis.."












 tiba-tiba lecturer bagi kuiz. gua tak tahu nak jawab apa

Tuesday, 11 September 2012

pengembaraan

"woohhh! macam kite bawak die pergi makan angin. tarik tali cepat sikit woh! main mende?" jerkah tekong ke awak-awak bot.


kehidupan sebagai seorang penangkap ikan tak semudah yang disangka. penuh liku-liku, cabaran dan penuh pengembaraan. Trip nya bermula pada ketika kakinya melangkah masuk ke dalam kenderaan terapungnya. bot ibarat rumah pertama. rumah sendiri macam rumah kedua.. jadi terbalik gitu. bayanglah seminggu atas bot dekat laut, tiga hari duduk rumah dekat darat. lepastu seminggu lagi pergi laut kemudian balik semula ke darat tiga hari.. macamtu la hari-hari.... lagi lama duduk atas bot kalau nak banding duduk rumah sendiri..



admin bukan apa. admin nak bercerita sikit ah tentang kehidupan kawan admin yang enjoy ke laut. cara beliau enjoy dengan diri dia sendiri.



** kawan admin naik darat je terus cium tanahhh. lama sangat tak jejak tanah. seminggu atas bot

** keras-keras rambut hari-hari kena air masin

** berkarat-karat butang seluar pendek kena air garam

** bisa-bisa jari tercucuk duri ikan setiap kali trip kelaut.

** kasor-kasor tapak tangan hari-hari bergesel tali pukat

** peluk tiang kawan admin kalau bot kena pukul ombak musim tengkujuh

** tangkap pinggang mencangkung mengasing ikan lama sangat

** malam-malam mencari cerobong ekzos buat panas badan

** haa terkangkang menyandar tepi bot bila datang buah penat





tong gas paling penting kalau tak nak masak macammana?












sebab tu harga ikan lagi mahal pada ayam

Monday, 10 September 2012

damak

kah3!! tegang-tegang urat perut tahan ketawa. macam ke pulut.. sedar tak sedar tengok jam handset samsung s3 dah pukul 4 pagi. padahal cerita pasal pokok pisang je.. dengan pakai seluar pendek berlenggeng bertumbuk dengan pokok pisang belakang rumah. elak pokok pisang tu tumbang je bergumpal dua-dua dekat tanah. kah3! berguling lagi ketawa..



"bangun3! berdiri3.." tiba-tiba ada sorang brother ni datang sound kiteorang gitu. entah dari mana datang kiteorang pun tak tahu. badan memang tough. muka ganas..



eh? kenapa pulak dia ni tiba-tiba je. kiteorang malas nak layan jadi buat tak tahu je la. kiteorang baring je la atas dataran pulau tu. tiba-tiba uihh,, beramai orang lalu tempat kiteorang lepak! apebenda ni??





"tak apa,, damak buat macam biasa. damak baring je..."  rilek je tengku mahkota johor cakap sambil lalu sebelah kiteorang baring-baring.
















rupanya tengku mahkota johor tengah berjogging dengan askar dia. patut la brother tu pandang badi ke kiteorang.

Saturday, 8 September 2012

cap ibu dan anak

dua tiga hari ni gua tak berapa nak sihat. rasa macam nak demam pun ada.. lepas batuk batuk lagi. sampai tegang-tegang otot perut gua yang sixpax. letih otot perut kite.. nak makan ubat batuk tak ada. tengah-tengah malam macamni mana ada klinik buka.. last-last pukul 4 pagi baru tidur..



bangun pagi mandi gosok gigi terus pergi farmasi beli ubat batuk. tak larat dah kite nak terbatuk-batuk.. bila dah teguk ubat batuk rasa lega. sejuk tekak rasa.. kalau boleh gua rasa nak teguk sebotol je biar cepat sikit baik.











esok baik lah ni.

Friday, 7 September 2012

UK

facebook gua jarang ada notification.. kalau ada pun nasib-nasib je. tapi tadi tiba-tiba naik pulak bubble merah tanda ada notification! lincah gua bukak. buka-buka je ada post dari group fishery team. dalam benak gua ada function ape agaknya?






lepas gua baca post tu gua rasa soul ikan gua tiba-tiba bersemangat. bersemangat tak tahu kenapa.. buka new tab google maps nak tengok Bangor University, North Wales bahagian mana area UK.. huaawaaa kakak yenyy....










semoga berjaya yeny. aku doakan kau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. jangan lupakan kiteorang dekat sini nanti. kalau ada apa-apa pm pisak as soon as posibble..

flying without wing

Patah Seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…












maap shila amzah saya tak boleh terima awak. awak tak sesuai dengan saya sebab saya ni market

Wednesday, 5 September 2012

umbrella

kalau gua duduk rumah bukan gua ada buat apa pun. baik gua ikut member gua pergi ambik gambar kawin. kurang-kurang boleh jugak gua study sikit pasal seni photographer. gua bukan apa budak-budak sekarang bukan main sibuk nak main kamera dslr. jadi gua pun nak tahu lah apa yang best pasal dslr ni..



gua sendiri pun tak pandai nak guna dslr. member gua ni ah yang banyak beri petua-petua. gua minat dslr tu memang ada dah tapi duit dalam kocek gua macam tak ada jadi itulah yang jadi penghalang minat gua. seluk-seluk kocek ada seringgit je. nak buat macammana? hah nak kemana dengan seringgit?


member gua cakap jadi photograper ni kena pantas. kena cepat sebab kalau lambat macammana nak dapat shoot penting dan menarik. masa tu lah nak adjust aperture, masa tu nak adjust iso, masa tu nak adjust focus point.. dah macammana kalau lambat? kalau nak shoot permandangan tu boleh laa dah kalau event macammana? haa semua kena pantas.






kerja gua ikut je kemana mempelai berjalan










gua seronok jadi stand payung flash photograper profesional

Tuesday, 4 September 2012

nissan sunny

jam dah tunjuk pukul 7 petang. langit dah beransur-ansur gelap. gua baru je sampai petronas pekan,pahang.. lebih kurang dua jam lagi nak sampai rumah. takpe ah, rilek jap dulu sambil-sambil isi minyak ron95. pukul 9 sampai la ni.. kena bawak selow-selow sebab lampu depan rendah sangat. biasala kuda secondhand.. gua bukan apa, gua risau ke lembu duduk lepak tengah jalan. mana nak nampak kalau lampu depan dah rendah sangat. kalau gua tala lampu tinggi karang semua orang menyirap dengan gua.



jalan pekan ke rompin agak berhutan dan sunyi cuma ada beberapa perkampungan orang asli berhampiran pekan kecil nenasi. nama je orang asli tapi terpacak astro depan rumah. hah,,jangan main-main dengan orang asli sekarang. tak mudah!



tiba-tiba sebuah nissan sunny potong gua. boleh tahan jugak nissan sunny kalau dah solek. ni mesti enjin lain ni. garang je bunyi masa memotong gua. gua apa lagi gua cocok angin la wei buat teman gua.. laju tak laju selow tak selow. sedang molek nissan sunny maintain kelajuan. jadi mengikut kereta lain ikut konvoi...















berkonvoi gua dengan nissan sunny sampai ke rompin

Sunday, 2 September 2012

beliau

***
siapa beliau? nak kata budak course gua macam tak.. tak pernah nampak pun masa minggu orentasi.. asal beliau ada dalam kelas gua? asal beliau duduk table gua dalam lab? asal beliau macam lab assistant? asal beliau pinjam pen gua? asal beliau mintak kertas gua? asal beliau kurus?


***
semua kelengkapan rakyat settle. makanan untuk rakyat settle. khemah untuk rakyat tidur settle. hal ehwal rakyat settle.. senang cerita rakyat dah tak pikir apa dah.. rakyat tinggal basuh kaki je pergi field trip ke pulau bidong. haa nampak,, beliau cekap bahagian incharge. beliau terbaik


***
preeng3! tu tu tuu diaaa!!!. ramai orang cakap beliau memang laju. beliau hati kering. takkan beliau boleh kacip pakcik naik vespa lari 120 atas jambatan sultan mahmud. menyasor-nyasor pakcik vespa.. pap! atas dahi vespa kUNCI!... kalau beliau tak ada gua mati kutu. gua tak tahu nak test mesin gua dengan siapa.. kamilah pejuang RXZ


***
malam ni birthday abang kau kassim.. nah aku bagi duit ni kau pergi beli barang-barang funtion dekat kedai pakcik depan. kau jangan nak tackle pulak awek cashier kedai tu. tu aku punya aku tumbuk karang... oke macamni,, kau standby kan dulu barang-barang dekat tempat aku cakap tadi nanti senang nak pung pang pung pang.. hah dialah tok dalang semua function






rumah sewa haji jenis mengaruk. kalau tak takkan ajis pusing belakang buat macamtu..kah3














selamat pengantin baru ajis dan kak lela. semoga berkekalan hingga ke anak cucu. dah kawin dah ajis.. dulu mengaruk tak beringat. weyk eh!....haha

Wednesday, 29 August 2012

bidong


"ahh parokk gini, ombak kuak kena ayok ke kanang kite gini woh!"





"err En Taro,, kalau budok-budok ni dok reti duduk diang kite bahang ark?"





"ce tepi sikit,, ahh serabukkk..."






"kalau kata kite tak dapat geran tu kite lempang aje sape yang dekat dengan kite bah!"





"jahit labuci ni senang aje tapi jangan atas bot. karang labuci entah kemana korang kemana."





"eh engkau ni..tarik la betul-betul aku hempuk jugak karang. kepala aku tengah sedap-sedap ni!" 






"eee tak boleh tak boleh.. ni kite punye kite dapat dulu tadi.."







"psst...oke malam ni awak datang khemah saya taw~"





"woi kejap la woi. aku tengah naik ikan ni. aku nak bergambar jugak..eish,, time ni pulak dia nak buat nyedut..perit-perit celah kite kena air masin..puih,,"






"elee nak mengorat aku la tu. lempang laju-laju baru tahu. terkehel muka"






"oke bro gua gerak dulu ah.. ha ko main pasir tu kena cacing baru tahu!"






"apahal tengok-tengok? memang aku yang curi nasi kau..kenapa? nak bertumbuk? ha mari!"








"ini mesti kuah sambal kacang . dah la tudung ni je yang aku bawak..aduii"







"kain pelikat pun kain pelikat ah,, kesah apa aku.. aku bukannya beruang kutub"







"ha mari sini..sementara abang ada masa...abang nak cerita tentang kehidupan"







"mana ketam tadi? mana3? tadi kuat sangat menganjing.."





"kejayaan takkan datang bergolek, jadi kena la usaha sikit main MLM"







"kadang-kadang tu bila nak cerita tentang cinta sampai esok pagi pun tak habis.."














sori geng..sengaja....kah3

Tuesday, 28 August 2012

kapas



















"haramm.. mana budak-budak ni? kata naik van pergi kelas.."




 "aku dah kata niat tu tak menghalalkan cara!"





"hmm sedap jugak rokok daun ni.. pandai zuki pintal untuk aku"




"ee mesti dani nak ajak aku makan malam nanti" 






"haa macamni cara dia kalau nak menghalalkan cara!..kah3" 





"selipar ni aku rembat dekat jamban masjid udm hari tu.jangan kabo ke orang deh"














"hok ni kite buleh pakat rama-rama buat discussion"






"eish mana nasi goreng ayam aku ni?mana teh 0 ais aku ni? ada terbalik meja ni karang!"




"anak cina main guli, lepas ni kena pergi suksis lagi..hmmm"





"malas nak kata tapi lengan saya memang putih"






"muah3! lepas ni kalau tak naik ikan aku rembas batang joran ni"















sori kawan-kawan. bukan niat aku nak bahan korang semua..selamat hari raya maaf zahir batin..

Sunday, 26 August 2012

merdeka

merdeka dulu dengan merdeka sekarang lain. gua ingat lagi masa gua kecik-kecik, masa tu gua sekolah rendah lagi. bila masuk bulan kemerdekaan je semua kereta ada bendera malaysia. biasanya dieorang akan melekatkan bendera kecil di cermin hadapan kereta. paling kurang pun satu la setiap kenderaan. ada yang guna bendera besar pacakkan dibelakang kereta. ada yang rentangkan bendera dihadapan bonet kereta...masa tu memang jadi trend sampai kan basikal gua pun gua pacakkan bendera malaysia yang besar..




nak beli bendera besar tak ada duit jadi gua buat job sikit lah dengan sepupu gua. gua dengan sepupu gua tengok line clear je dekat pagar pejabat JKR... rilek je lepas balik surau solat maghrib gua pinjam 2 bendera untuk basikal gua satu, sepupu gua satu...perghh,, plessing-plessing basikal gua dengan basikal sepupu gua jalan keliling kampung



negaraku tanah tumpah darahku













sekarang gua tengok semangat kemerdekaan dah tak macam dulu

Friday, 17 August 2012

pengorbanan papa

pak cik gua cakap. pejam celik pejam celik dah raya balik..padahal raya tahun lepas rasa macam semalam.. kerja-kerja simpan duit. tiba nak dekat raya duit simpanan tu lah nanti buat belanja untuk anak-anak dan keluarga.. baju dengan seluar raya aku sendiri pun aku tak terbeli. ha kau tengok baju aku pakai sekarang baju raya tahun lepas..



ha baru kau tahu nak cari duit senang ke susah. baru kau rasa. sekarang ni kau sedaplah duduk dengan mak ayah kau. nanti kau sorang-sorang kau rasalah sendiri.. hah ha ha!



esok kalau kau dah senang jangan lupa kau toleh kebelakang. kau toleh belakang ingat balik masa kau dulu. masa kau susah siapa tolong kau. jangan masa kau senang kau lupa siapa tolong kau.



eh aku lupa pulak,, aku nak pergi dapur minum air nescafe.














naik semangat gua nak kerja rajin-rajin

Tuesday, 14 August 2012

selamat hari raya

tidak lama lagi umat islam akan menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba. dulu kad raya menjadi pengganti diri tapi sekarang blog ni yang aku ganti..







dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada mak ayah, sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali diri ini.



kalau ada silap salah, terkasar bahasa, kecil hati mintak halal.. biasa lah kadang-kadang kita tak sedar kita buat salah..jenis dah buat salah tapi tak nak mengaku..






= = >    selamat hari raya kepada sahabat smk mersing

  • yang mana pernah satu kelas dulu ke, kenal masa dekat kantin ke, kenal masa lepas habis sekolah ke, ah tak kesah la janji asal sekolah sukan siapu..he he



= = >    selamat hari raya kepada sahabat kolej matrikulasi johor

  • sahabat bilik B1.17, sahabat praktikum fizikal 50, sahabat yang bagi moral support..maklum la kita ni bukan pandai sangat dekat matrix.. tak pernahnya cemerlang masa ada kuiz..w0ooh!! jadi jerit gitu.. 


= = >    selamat hari raya kepada sahabat umt

  • sahabat coursemate, sahabat rumah sewa haji, sahabat rumah sewa cikgu dan sahabat yang bukan coursemate..nak sebut sahabat fakulti macam kenal semua pulak..kah3


= = >   selamat hari raya kepada sahabat kerja

  • sahabat timotel hotel, sahabat maintenance S3 dan S4, sahabat toll teller PLUS, sahabat staff utm (jadi kenal sebab ikut lepak photographer utm), sahabat masa praktikal dulu di bukit merah aquaculture dan sahabat mak cik kedai makan yang banyak membantu sepanjang karier gua..




habis kemas gua berbaju melayu teluk belanga













kalau nak sebut nama satu-satu memang tak habis sampai raya tahun depan..selamat hari raya woi!

Sunday, 12 August 2012

pili air




nak tahu sebab apa kepala paip macamni??




*******************************************************************




sebab dia macamni!! kah3














masalah rakyat yang tiada penghujung..

Saturday, 11 August 2012

raya

semakin hari semakin bersemangat aku nak balik kampung. raya dah dekat ni.. 3 hari lagi nak raya. budak-budak rumah sewa ada yang dah balik ada yang belum.. haaa hari ni aku pulak yang nak balik. JBH 6339 dah standby untuk heavy duty.. jangan nak ajak aku pergi mana-mana aku tumbukkk karang!! tiba-tiba mengentan




hati orang nak balik raya ni lain. lagi-lagi kalau kampung ni jauh-jauh. memang rasa betul kita ni perantau. makan 7 jam jugak atas motor. dah lah puasa. belum kira cuaca lagi. matahari tegak2 atas kepala.. hari tu cuaca memang tak boleh bawak berbincang. memang matahari bagi betul-betul pada bumi..





woi aku isi minyak dulu woi. kejap-kejap..tapi ibu jari tunjuk isyarat minum dekat mulut. jenis tak puasa woi kah3














atas motor tak ada pikir lain dah. memikir nak minum air je sampai ke rumah

Friday, 10 August 2012

keyboard dan cina bukit

Fenomena Game Joget Online ( SDO )

Sebelum saya memulakan perceritaan saya ini..biar la saya memberitahu yang saya ni sudah berpunya..jadi tak perlu lah anda semua ingin meminati saya lebih dari kawan..heheheehe......saja nak buat diri ni market maklum la saya tak market macam din sabun yang kerja kat pasar tu...



Sewaktu berchat chat di cc....tetiba kedengaran satu petikan kuat tap tap tap......aku menjeling tajam..kelihatan seorang kanak2 cina yang kurang mendapat perhatian keluarga telah membelasah keybord tersebut. Yang pelik nya hanya butang A.S.K.L saje yang dijotosnye....



Dengan berasa hairan saksama pelik aku pun ngintai2 la apa yang berlaku.........oh ti oh ti.....terpaksa potong ayat aku kerana mencarut panjang maklum la pelik campur bau hairan yelaa semua anak panah yang dicabar oleh game tersebut dapat dipetik sambil menyanyikn lagu jerat percintaan dari siti nurhaliza...cehhhh saje je tambah citer buat sedap..



Tanpa mengesahkan awek2 fb aku menfokuskan pandangan aku kepada budak tersebut....pergh mmg pro bin paling hebat...FULL COMBO woooooo............PERFECT COMBO 1000! hanya power ranjers merah je dapat buat benda macam gitu......jari jemari beliau cukup laju dan lembut tetapi tersimpan satu rasa kesian kat tokei cc tersebut ...yelaa selepas budak ni balik beliau dengan jayanya akan menukar keybord baru...heheheeh padan muka ....



Jika anda semua berada di situasi saya ni anda mungkin tak sangka yang kanak2 sekarang lebih power dari dulu ...tak perlu berpeluh untuk mencapai kegirangan semaksima mungkin...hanya membekal kan RM2 untuk mencapai tahap enjoy secukupnya...heheheheeheh....apa la aku merepek ni.....kah3!




mintak tolong keyboard









besok dia datang lagi bawak empat jari jotos keyboard jadi tanggungjawab

Thursday, 9 August 2012

dulu

dulu lain sekarang lain. masa merubah keadaan.. dulu zaman internet sekarang zaman screen net.. inilah dia teknologi.


"amboi budak pc sebelah ni,, pakai handset samsung galaxy S2..bisa!"






= = = >  gua toleh sebelah pandang mata dia dalam-dalam gua cerita  = = = >

dulu... masa abang kecik-kecik abang mana ada pakai handset


dulu.... masa abang kecik-kecik abang main guli bawah pokok kelapa


dulu... masa abang kecik-kecik abang main game tape


dulu... masa abang kecik-kecik abang pergi rumah topek pinjam tape game bomberman dengan contra


dulu... masa abang kecik-kecik abang main konda-kondi


dulu... masa abang kecik-kecik abang main baling selipar


dulu.. masa abang kecik-kecik abang buat garisan atas tanah main teng-teng


dulu.... masa abang kecik-kecik abang masuk parit sauk anak ikan


dulu... masa abang kecik-kecik abang langgar pagar rumah sebab tak boleh kawal basikal tak ada brek


dulu... masa abang kecik-kecik abang pergi sekolah bersambal baju





berterabur peluru abang dapat peluru S











game tape tu lah game paling sedap di dunia